• Carian
  • Media Sosial
  • Jom Cuba Apom Balik 46 Rasa Baca

    Posted by jane | 18 December 2017 | 14

     

    GEORGE TOWN: Juadah apom balik sememangnya mempunyai penggemar tersendiri dan menyedarinya, pengusaha gerai di Balik Pulau telah menghasilkan 46 pilihan untuk menarik lebih ramai pelanggan.

     

    Antara yang tersenarai adalah apom balik dengan kombinasi cokelat, mentega, cip strawberi, pisang, peperoni, sosej, sambal bilis, keju, daging atau ayam, telur ayam atau itik, bijirin, kacang hazel, badam, selain inti biasa seperti kacang goreng, gula dan jagung manis.

     

    Dikenali sebagai Apom Balik Triple Q, pemilik gerai , Zulkefli Lailee berkata, dia mula berniaga juadah itu sejak dua tahun lalu.

     

    “Mulanya saya menggunakan resipi apom balik original yang dihasilkan ayah, sebelum mula mempelbagaikan intinya,” kata peniaga berusia 40 tahun ini.

     

    Jika kebiasaannya ia diisi jagung manis dari tin, tetapi Zulkefli telah mengambil langkah menghasilkannya menggunakan resipi sendiri.

     

    Inovasi yang dilakukan ternyata membuahkan hasil apabila pelanggan berpusu-pusu mengunjungi gerainya di Persiaran Bukit Jambul Satu yang dibuka dari pukul 1 petang hingga 7 malam.

     

    Mengenai nama Triple Q, kata Zulkefli ia diambil daripada nama tiga anaknya iaitu Muhammad Al-Qayyum, enam tahun, Muhammad Qayyim, lima tahun, dan anak bongsunya yang baru berusia 18 bulan, Qushayyi.

     

    Kata Zulkefli, dia juga menjual apom balik di Medan Selera Lucky bertentangan dengan Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Subterranean Pulau Pinang dari pukul 7 malam hingga tengah malam setiap hari.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up