• Carian
  • Media Sosial
  • “Kalau Tutup Aurat Pun, Belum Tentu Pramugari Mampu Selamatkan Pesawat”

    Posted by nadilang | 16 December 2017 | 10:53 pm | 450

     

     

    Walaupun menutup aurat likup, namun seseorang pramugari itu belum tentu lagi mampu selamatkan kapal terbang dari terhempas.

    Pandangan ini disuarakan oleh seorang kolumnis The Malay Mail Online, Erna Mahyuni.

    Menurut beliau dalam tulisannya yang bertajuk ‘Covering up stewardesses won’t stop plane crashes’, ‘patuh syariah’ adalah istilah tidak masuk akal yang direka dan bermasalah dari aspek teologi.

    “Andaian yang tidak masuk akal seperti Tuhan menghukum penerbangan yang tidak mengikut syariat adalah merepek. Sekali lagi, ia adalah teologi yang bermasalah dan tidak kukuh. Ramai wanita yang berpakaian sopan dirogol seperti warga emas, kanak-kanak dan mereka yang cacat fizikal dan mental,” dakwanya lagi.

    Katanya lagi, jenayah rogol adalah bukti bahawa pakaian sopan tidak mencegah atau menghalang mangsa dari dirogol sambil merujuk kepada negara Saudi yang kerap berlaku jenayah rogol walaupun wanita tidak dibenarkan keluar tanpa menutup aurat.

    “Ahli politik seharusnya menumpukan perhatian terhadap perkara lain dan bukannya pakaian seragam pramugari. Sekiranya mata mereka berkeliaran ke lokasi yang tidak betul, bukan pramugari yang sepatutnya dikecam,” ujar beliau sekaligus menyelar cadangan pemakaian patuh syariah untuk pramugari yang diusulkan oleh Senator Datuk Hanafi Mamat.

    Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan agar masyarakat pada abad ke-21 ini supaya mendidik kaum lelaki dengan betul tentang keperluan menjaga pandangan dan tangan mereka supaya diletekkan di tempat yang sepatutnya. Jangan sentuh, jangan pandang jangan bagi cadangan yang tidak diminta berkenaan pemakaian.

    “Saya fikir kita perlu membuat ujian hamsap kepada semua wakil rakyat yang dipilih. Sesiapa yang gagal tidak dibenarkan untuk berkhidmat. Selepas itu, mungkin kita akan ada ahli Parlimen yang hanya bercakap tentang tanggungjawab mereka dan bukannya isu badan pramugari,” katanya lagi.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up