• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Selepas ‘Kekayaan’ Penang Diambil, DAP Mahu Jajah Selangor Pula

    Posted by editor | 13 December 2017 | 10:25 am | 512

     

    TANGGAL 9 Mac 2008, negara kita dikejutkan dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) di lima buah negeri yang tidak disangka-sangka. Sebelum ini sebagai contoh, Pulau Pinang dianggap sebagai sebuah negeri yang ‘selesa’ oleh Parti Gerakan yang merupakan komponen BN yang diberi kuasa untuk mentadbir kerajaan negeri berkenaan.

    Bagaimanapun hari Ahad tersebut semuanya berubah wajah. DAP telah berjaya mengusir BN dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, manakala Tan Sri Koh Tsu Kun terpaksa mengosongkan pejabatnya serta merta bagi memberi ruang kepada Lim Guan Eng berkuasa pula.

    Bukan di situ saja, Selangor juga antara yang paling terkesan buat semua ahli BN. Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor terpaksa juga dikosongkan kerana keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) telah dipilih untuk menjadi kerajaan negeri.

    Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Itulah detik-detik terakhir penguasaan BN di kedua-dua negeri termaju di negara kita.

    Hanya tinggal Johor saja sebagai salah sebuah negeri kuasa besar ekonomi di Malaysia ini yang masih belum dikuasai pakatan pembangkang. Maka, tidak hairanlah mengapa Pakatan Harapan khususnya DAP terlalu berselera besar mahu menggulingkan kepimpinan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sekarang ini. Jika BN berkhayal sedikit, pastinya mereka akan termakan dengan jerat DAP.

    Selama hampir 10 tahun DAP berkuasa di Pulau Pinang, pelbagai ‘kekayaan’ negeri telah mereka ‘sapu’ untuk kepentingan sendiri. Walaupun ditentang dan didesak oleh BN, NGO dan penduduk setempat, namun dengan sikap ‘kuku besi’ DAP, mereka tidak pedulikan waima sedikit pun rintihan itu.

     

     

    Sekarang ini nafsu besar DAP sama seperti nafsu jahat Israel yang mahu menakluk Baitulmaqdis. DAP dipercayai dalam agenda seterusnya iaitu mahu menakluk Selangor dan Johor pula.

    Namun yang terdekat adalah Selangor kerana negeri termaju itu telah pun dikuasai oleh komponen Pakatan Harapan. Cuma tidak seratus peratus dikuasai DAP.

    Sebab itulah Datuk Zaid Ibrahim telah ‘dilepaskan’ untuk bermain isu di negeri Selangor. Ujar mereka (DAP), apabila Zaid melakukan serangan keatas Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, maka separuh rakyat negeri akan menyokongnya, namun ia berlaku sebaliknya.

    Yang tidak berselera dalam bidang politik pun nampaknya bertindak menyokong UMNO dan PAS mendesak Zaid memohon maaf kepada Istana Selangor. Nampaknya ‘ayam didikan’ DAP iaitu Zaid telah tersalah langkah.

    Apapun, inilah agenda DAP. Zaid itu adalah bakal Menteri Besar Selangor mewakili DAP sekiranya mereka berjaya sekali lagi takluk Selangor.

    Bukan semua tidak tahu, Selangor merupakan sebuah negeri yang amat kaya dan berada di tengah-tengah negara kita. Ini sudah tentu memudahkan agenda DAP yang lebih besar dengan PAP di Singapura.

    Pulau Pinang di utara Semenanjung Malaysia sudah mereka kuasai. Dalam PRU14 ini mereka hanya mahu kuasai Selangor yang berada di tengah-tengah Semenanjung Malaysia pula. Bonus bagi DAP sekiranya mereka memperoleh Johor yang berada di selatan Semenanjung Malaysia yang juga jiran PAP di Singapura.

    Sekiranya DAP dapat menguasai Pulau Pinang, Selangor dan Johor, maka mereka sebenarnya telah berjaya menguasai keseluruhan pantai barat Semenanjung Malaysia yang menjadi pusat ekonomi terbesar buat negara kita.

    Apabila ekonomi secara keseluruhannya telah dikuasai mereka, apakah kita tidak merasa bahawa politik dan sosio pun sukar untuk mereka kuasai selepas itu? Jangan cuba-cuba percaya kepada DAP lagi jika kita mahu selamat! –Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up