• Carian
  • Media Sosial
  • Usul Jawatan Tertinggi Tidak Dipertandingkan

    Posted by fatty | 7 December 2017 | 7

     

    Tiga teras menjadi asas dalam membahasakan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memastikan UMNO kekal menjadi juara dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

    Pencadang Usul Ucapan Dasar Presiden, Datuk Mohamad Sahfi Ab Aziz berkata, tiga teras itu adalah amanah, minda untuk menang dan kesetiaan dalam setiap perjuangan yang dilaksanakan.

    “Saya yakin semua ahli dan pemimpin dalam parti ini mempunyai ketiga-tiga teras berkenaan dan ia turut ditekan dalam ucapan Presiden sebentar tadi.

    “Keyakinan daripada ketiga-tiga teras ini maka saya menyeru agar kita sepakat untuk memastikan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan,” katanya.

    Sementara itu, Penyokong Usul, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, adalah penting jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan kerana kita yakin dengan kepimpinan kedua-dua mereka.

    “Ia dapat dilihat mereka begitu komited dalam perjuangan walaupun diserang pelbagai sudut termasuk membabitkan isu peribadi.

    “Saya yakin semua ahli dan perwakilan bersetuju agar jawatan berkenaan tidak dipertandingan dalam memastikan parti keramat ini terus kekal menjadi parti pemerintah,” katanya.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up