• Carian
  • Media Sosial
  • Sevilla Layak Ke UEFA

    Posted by suzein-yana | 7 December 2017 | 1

     

     

    Sevilla mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara selepas seri 1-1 dengan kelab tercorot Kumpulan E, NK Maribor, sebentar tadi.

    Kemenangan bergaya Liverpool ke atas Spartak Moscow – pencabar utama kelab Sepanyol itu untuk perebutan tempat kedua memastikan mereka layak ke pusingan seterusnya biarpun gagal mengutip tiga mata di Maribor.

    Marcos Tavares terlebih dahulu mengejutkan pasukan pelawat apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 apabila menyudahkan hantaran Martin Milec.

    Bagaimanapun, Sevilla kembali bangkit pada babak kedua dan hasilnya, Ganso berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi percubaan pada minit ke-75 sekali gus menewaskan penjaga gol tuan rumah, Jasmin Handanovic – Reuters

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up