• Carian
  • Media Sosial
  • Selepas Keluar Dewan PWTC, MIC & MyPPP Ajak Kerja Kuat Hadapi PRU-14

    Posted by editor | 7 December 2017 | 24

     

    Parti komponen Barisan Nasional (BN) jelas dengan mesej yang ingin disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Presiden UMNO ketika menyampaikan ucapan dasar pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017.

    Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, yang menyifatkan ucapan itu sebagai menyeluruh dan terarah kepada konsep nasionalisme, berkata parti komponen BN bersiap sedia di bawah satu payung untuk menghadapi Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    “Secara kesimpulan, ucapan adalah baik, tepat pada masanya dan menyentuh segala isu berkaitan.

    “Tumpuan dan penjelasan adalah mengenai pencapaian kerajaan dalam membangunkan negara. Pada masa sama, beliau membawa masyarakat pelbagai kaum untuk sama-sama menghayati pengorbanan yang terpaksa kita (kerajaan) dilalui ketika hendak membangunkan negara.

    “Melalui pelbagai contoh yang benar dan bernas, jelas membuktikan BN adalah kerajaan sebenar yang membangunkan negara, bukan seperti pembangkang yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan rakyat yang mana ia jelas satu pembohongan penuh,” katanya ketika mengulas ucapan dasar Presiden UMNO.

    Dr Subramaniam berkata, amanat Perdana Menteri turut memberi kesedaran kepada ahli UMNO dan masyarakat secara keseluruhan untuk berfikir sejenak mengenai tindakan bekas pemimpin BN yang kini bersama pembangkang.

    “Tindakan mereka (pembangkang) tidak akan membawa manfaat kepada masyarakat dan ini memberi kesedaran kepada ahli UMNO dan rakyat supaya berfikir mengenai iklim politik sedia ada, sekali gus membuat keputusan terbaik pada PRU akan datang,” katanya.

    Sementara itu, Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Tan Sri M Kayveas, berkata pesanan Perdana Menteri supaya rakyat tidak sesekali menggadaikan masa depan negara memberi penunjuk tegas kepada parti komponen BN bekerja kuat pada PRU-14.

    Katanya, ia penting bagi memastikan negara terus ditadbir oleh pemimpin yang berjuang demi tanah air tercinta.

    “Perkara sebaliknya akan berlaku jika negara ‘jatuh ke tangan’ pembangkang yang hanya memfokuskan kepada politik peribadi sebab perjuangan mereka (pembangkang) hanya bersifat peribadi, tidak berjuang untuk negara semua.

    “Tun (Dr) Mahathir (Mohamad), (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), DAP, semua sama (wujud unsur politik keluarga),” katanya.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up