• Carian
  • Media Sosial
  • Rita Tak Sindir Fazura Dan Fattah

    Posted by jane | 7 December 2017 | 87

     

    PETALING JAYA: Aktres Rita Rudaini kesal apabila kenyataannya di sebuah akhbar dituduh sebagai menyindir pasangan pengantin baharu Fattah Amin dan Fazura.

     

    Rita Rudaini Mokhtar, 41, berkata, apa yang diberitahu dalam laporan bertajuk ‘Amboi Rita’ itu hanyalah sekadar berkongsi cerita tentang kucing kesayangannya semata-mata.

     

    “Saya cerita yang sebenar tentang kucing saya pun salah ke, saya dituduh memerli seorang artis pengantin baru?

     

    “Saya blur sekejap, bila siasat rupanya saya dituduh memerli Fazura. Saya sedih dengan manusia sekarang,” ujarnya menerusi laman Instgaram pada Khamis.

     

    YA ALLAH…kenapa dgn manusia skrg? Apa salah sy? Sy upload caption cite psl kucing sy pon di tuduh perli org…ALLAHUAKBAR…mcm2 di tuduh sy….sy cerita kn cerita yg sbnar nya psl kucing sy pon salah ke? Sy di tuduh memerli seorg artis pengantin baru??!! Sy pon jd blur sekejap..bila di siasat rupanya sy di tuduh perli fazura..astarafirullahalazim…sy sgt sedih yg amat dgn manusia skrg…xcukup tuduh sy,mereka tuduh #metro putar belit cerita…sedangkan metro tiru sebijik n xubah seinci pon cerita sy…dan utk pengetahuan smua,sy tidak tau n xambik tau pon pasal kes bilik air tu or watever…byk lg kerja sy nak buat..sy nk cari duit bela ank2 lg,nak jaga ank2 lg nak jaga kucing lg….sy brkongsi cerita dgn smua yg kucing sy mmg manja sampai ikut kemana sj sy pergi smpi ke dlm bilik air pon dia ikut..bila sy berak je lah dia xikut..mcm mana sygnya sy kt kucing sy tu n rindunya sy kt dia klau xnmpk dpn mata…..apa yg anda smua pikir jauh menyimpang ni???? Apa masalah anda ye? Smpi ada kata sy manusia hati hitam…Skrg ni hati sy yg hitam or hati anda? Da jd FITNAH tu….ye btul lah zaman skrg zaman fitnah…..😓 …slalu lah bersangka baik pd org….uihhh mmg sedih gila sy mlm ni sbb xsangka teruk sgt zaman fitnah ni smpi yg xde hal pon di jdkn bahan utk fitnah….😌 slmt mlm dan maafkn smua sblm tido…pesanan sy,nak fanatik pd artis masing2 xsalah tp jgn smpi tuduh,fitnah n sangka buruk kt org lain… . . . *sy nak btul kn cerita kt sini…pd yg tuduh #metro niat melagakan2 sy n artis itu tidak benar….dr smlm metro kol sy nk mintak story psl dahlia…tp smlmsy sgt bz…dan harini sy ckp kt #metro sy ada cerita baru psl dahlia iaitu kucing sy,krn harini pertama kali kami berpisah…sy mintak dorg copy krn sy hari ini terkejar2 utk setel keja n kejar flight…harap smua jgn buat kesimpulan yg bole menjadi fitnah pd pihak lain pulak…jujur sy bgtau,#metro tidak berniat spt yg anda fikirkn…tkasih

    A post shared by @ritrud727 on

     

    Tambah Rita, kenyataan yang diberikan berkaitan kucing perliharaan bernama Dahlia itu adalah bagi menggambarkan kasih sayangnya kepada haiwan berkenaan.

     

    Dia juga meminta netizen tidak terlalu berfikiran negatif dan sentiasa bersangka baik terhadap orang lain.

     

    “Saya berkongsi cerita dengan semua bahawa kucing saya memang manja sampai ikut ke mana sahaja saya pergi sehingga ke dalam bilik air pun dia ikut. Macam mana sayangnya saya pada kucing saya dan rindu jika tidak nampak depan mata.

     

    “Apa masalah anda sampai kata saya manusia berhati hitam, selalulah bersangka baik pada orang lain,” ujarnya.

     

    Terdahulu, Fazura di sebuah portal berita memberitahu bahawa dia kini melalui fasa bahagia sehinggakan tidak mampu berpisah dengan suaminya Fattah Amin walau hanya ke bilik air.

     

    Kenyataan tersebut turut mendapat perhatian netizen yang menyifatkan ianya romantik dan lucu.

     

    Pasangan selebriti tersebut berkahwin pada 27 November lalu dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up