• Carian
  • Media Sosial
  • PWTC Dibanjiri Perwakilan, Pendokong Serta Penyokong Parti

    Posted by editor | 7 December 2017 | 8

     

    Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibanjiri perwakilan serta pendokong dan penyokong parti daripada seluruh negara sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017.

    Ibarat ‘hari raya UMNO’ masing-masing dengan berbaju Melayu bagi lelaki serta baju kurung dan pelbagai fesyen pula bagi wanita yang memenuhi bangunan menempatkan Ibu Pejabat UMNO.

    Jalan-jalan di sekitar menuju ke PWTC turut mengalami kesesakan selain persekitaran bangunan yang dihiasi dengan bendera Sang Saka Bangsa serta kain rentang dan banner yang mengandungi ucapan daripada badan perhubungan UMNO negeri serta pimpinan parti lain.

    Selain daripada Perhimpunan Agung UMNO yang menjadi tumpuan, turut menarik perhatian sepanjang ‘hari raya UMNO’ itu pelbagai gerai jualan dan juga macam-macam karnival serta pameran daripada pelbagai sektor turut memeriahkan perhimpunan tersebut.

    Persembahan buskers, artis-artis dan juga program berbentuk kerohanian lain turut menjadi tumpuan pengunjung yang membanjiri PWTC.

    Tinjauan UMNO-Online ke laman perniagaan yang berada di aras tiga mendapati variasi produk perniagaan dari seluruh negara dapat dilihat selain pelbagai aksi daripada peniaga yang telah pun membuka gerai masing-masing sejak Isnin lalu.

    Antara yang menarik, koleksi eksklusif minyak wangi yang menggunakan barisan Perdana Menteri serta pemimpin tertinggi UMNO sebagai produk ‘packaging’ yang hanya 1,000 unit sahaja dikeluarkan bersempena Perhimpunan Agung UMNO kali ini, manakala pelbagai pameran korporat berinformatif yang berada di aras dua menyediakan pelabagai maklumat untuk pngunjung yang hadir dan mendapatkan segala maklumat yang berkaitan dnegan agensi berkenaan.

    Apa yang pasti dan menariknya, ‘hari raya UMNO’ bukan hanya sekadar dihadiri oleh 12 ahli sahaja sebaliknya lebih 30,000. – Media UMNO

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up