• Carian
  • Media Sosial
  • Peminat Minta Gambar Bogel Uqasha Senrose, Ugut Nak Godam Instagram

    Posted by jane | 7 December 2017 | 67

     

    Pelakon Uqasha Senrose bengang apabila ada peminat yang bertindak liar dan agresif meminta gambar bogelnya menerusiĀ direct messageĀ di akaun Instagramnya.

     

    Luahan Uqasha itu disuarakan melalui entri terbaharu Instagram Story pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu malam tadi.

     

    “Ya Allah ada juga manusia macam ini!” tulis Uqasha.

     

    Dalam teks yang dikirimkan oleh pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab itu, Uqasha diugut untuk menyerahkan gambar bogel dan berjanji akan berhenti menulis komen negatif di ruangan gambar pelakon itu.

     

    Namun, sekiranya Uqasha enggan, individu itu mengugut untuk menggodam akaun Instagram Uqasha yang kini sudah mengumpul pengikut seramai 2.6 juta orang.

     

    “Uqasha, jika kamu memberikan saya gambar-gambar bogel kamu, saya akan berhenti menulis komen buruk tentang kamu. Saya janji.

     

    “Hey, jika tidak saya akan menggodam Instagram kamu,” tulis individu itu menerusi kiriman teks seawal 5 pagi semalam.

     

    Uqasha bukan artis pertama yang berdepan dengan serangan seksual di media sosial.

     

    Terdahulu, Rozita Che Wan, Fizz Fairuz, Shukri Yahaya dan Sufian Suhaimi pernah menjadi mangsa buli siber dengan ugutan menyebarkan foto bogel.

     

    Malah, pelakon cantik Nora Danish juga pernah meneriman ancaman rogol dan komen lucah di Instagramnya sekitar tahun 2014.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up