• Carian
  • Media Sosial
  • #PAU2017 : Jangan Tiru Sifat Pahat – Pesan Najib

    Posted by editor | 7 December 2017 | 12:12 pm | 44

     

     

    Jangan meniru sifat pahat, pesan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak – Sekali diketuk, sekali memahat atau menggerak. Pesanan ini diungkapkan beliau semasa memberi amanat dalam Perhimpunan Agung UMNO 2017, perhimpunan terakhir sebelum menjelangnya PRU14.

     

    Najib juga berpesan agar 3.64 juta ahli UMNO meniru sifat gergaji yang mana pulang dan perginya akan membawa keputusan.

     

    Ini adalah rangkuman pesanan kepada kesemua ahli dan penyokong UMNO agar tidak lagi mengulangi salah yang lama hingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang kerusi 2 per 3 di Dewan Rakyat.

     

    Tersiratnya, Perdana Menteri keenam itu meminta agar para ahli dan penyokong UMNO bertemu para pengundi seterusnya berpesan agar memangkah calon-calon BN dalam PRU14 akan datang.

     

    Dengan lengkap Najib memberi contoh berfakta mengenai kerosakan DAP dan hasrat sulit mereka jika memperoleh kuasa di Putrajaya.

     

    Bahaya jika DAP berkuasa ini amat menjadi kerisauan Perdana Menteri yang mahu melihat agama, bangsa dan negara ini terus maju dan berada dalam trak agenda ‘Better Nation‘. –Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up