• Carian
  • Media Sosial
  • Kakitangan Awam Tempah Kecelakaan Jika Undi Pembangkang – Najib

    Posted by supertramp | 7 December 2017 | 11:36 am | 1709

     

    Seperti di jangkakan, Presiden UMNO akan meledakan satu ucapan dasar Presiden yang panas dan berapi pada Perhimpunan Agung UMNO 2017.

    Tangapan akan hal ini nampaknya benar sekali kerana dengan tidak menunggu masa yang lama Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya telah melepaskan beberapa kenyataan yang sangat penting dan signifikan.

    Selain bercerita berkenaan survival orang Melayu dan agama mereka Islam, Presiden UMNO juga memberitahu dalam nada yang amat serius berkenaan kedudukan orang Melayu, bahawa mereka berada di dalam keadaan bahaya jika pihak pembangkang yang di kuasai agenda DAP berkuasa.

    Pasti sekali nasihat dan amaran Presiden ini akan segera cuba di nafikan oleh pembangkang bahawa ia hanya taktik menakut nakutkan pengundi dan rakyat dari kalangan Melayu.

    Antara kenyataan paling menonjol yang di ucapkan oleh Najib adalah sebaik sahaja pembangkang yang di tunjungi oleh DAP memerintah antara perkara pertama di laksanakan adalah mengucupkan jumlah kakitangan awam.

    Walaupun mereka akan memberi alasan kononnya wang terlalu banyak telah di belanjakan kepada gaji, elaun, pencen dan emilumen, namun sebenarnya ia dwi matlamat.

    Anatara sebab lain adalah kerana kakitangan awam ini di penuhi oleh orang melayu.

    Maka jumlah yang ramai ini adalah tempatnya dana negara tertumpu.

    Berbillion ringgit sebagai gaji dan elaun dapat kepada golongan ini, dan sah ia kuasa pembeli yang sangat besar.

    Maka ini adalah pusat ekonomi orang melayu.

    Selain itu pembangkang amat tersepit kerana mereka terpaksa memupuskan kutipan cukai GST kerana ego dan slogan politik sendiri.

    Maka atas sebab tiada kutipan GST lalu income kerajaan pembangkang amat kurang, maka mereka sasarkan gaji kakitangan awam yang di buang akan menjadi pendapatan penggantinya.

    Itulah sebab mereka enggan memberi secara detail pendapatan cukai gantian kepada cukai GST.

    Kepada kakitangan awam, ingat sebelum kena.

    Jika rasa amaran dan pemberitahuan Presiden UMNO itu hanya retorik, dipersilakalah undi pembangkang.

    Jangan pula kata kamu tidak di beri pesan oleh Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri.

    Dan yang paling menjijikkan, untuk urusan mengumumkan pengurangan kakitangan kerajaan pemberitahuannya akan di buat oleh orang Melayu belaan DAP supaya tidak nampak perkauman.

    Maka fikirkanlah. –Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up