• Carian
  • Media Sosial
  • Fathia Ada Hak Bersuara, Tiada Hak Memfitnah

    Posted by jane | 7 December 2017 | 3:09 pm | 174

     

    Fathia Latiff dikenali sebagai salah seorang artis yang lantang bersuara mengenai apa saja yang terlintas di fikirannya. Dia mempertahankan tindakannya memuatnaik status di Twitternya dengan mengatakan ia adalah haknya untuk bersuara.

     

    Berikutan kenyataan Dira Abu Zahar, Exco Puteri Umno Bahagian Tangga Batu, Melaka, yang mahu Fathia berhenti daripada membuat komen mengenai perkara yang tidak diketahuinya secara mendalam mengenai pentadbiran negara, Fathia telah membalas dengan satu Tweet.

     

     

    Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, berkata, dia mempunyai hak untuk bersuara dan begitu juga dengan rakan selebriti, Dira Abu Zahar.

     

    “Dira ada hak untuk berkata apa yang dia mahukan dan begitu juga saya.

     

    “Yang pasti, saya berdiri teguh dengan setiap apa yang saya katakan tanpa berasa takut atau meminta pertolongan daripada orang lain,” kata Fathia.

     

    Betul, Fathia mempunyai hak bersuara, namun, nampaknya dia menggunakan hak bersuara yang baru muncul di zaman pentadbiran PM Datuk Seri Najib Razak, dengan salah.

     

    Terdapat banyak Tweet oleh Fathia sebelum-sebelum ini yang seolah-olah memfitnah kerajaan tanpa sebarang bukti dan hanya berdasarkan perasaan dan bacaan di media sosial.

     

     

     

     

     

     

    Nasihat Dira Abu Zahar hanyalah mahukan supaya Fathia menjaga mulutnya dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak betul.

     

     

    Dalam salah satu Tweetnya dia mendakwa rakyat tiada hak bersuara, walhal, Bajet 2018 telah dibuat berdasarkan cadangan-cadangan terbuka oleh rakyat Malaysia sendiri, yang kemudiannya dikaji dengan teliti sebelum diberi keputusan akhir oleh kerajaan.

     

    Terdapat banyak lagi kenyataan fitnah oleh Fathia yang seolah-olah mahu menanam kebencian kepada kerajaan dan mengagung-agungkan ketua parti pembangkang, sehingga orang awam menyangka dia telah dibayar oleh pihak pembangkang untuk mengeluarkan fitnah-fitnah tersebut.

     

    Persoalan-persoalan yang dikemukakan Fathia dapat dijawab sekiranya dia lebih rajin membaca mengenai isu-isu semasa, bukan hanya rajin bermain media sosial seperti Bigo Live sahaja. Untung Fathia kerana PM Najib Razak menarik balik larangan kebebasan bersuara seperti yang dikuatkuasakan idolanya, Tun Mahathir semasa zaman pemerintahannya.

     

    Kalaulah larangan itu wujud lagi sekarang ini, dah kena tangkap bawah ISA Fathia ni…

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up