• Carian
  • Media Sosial
  • #PAU2017 : Jangan Ragu Dengan UMNO, Ia Telah Diakui Pembantu Terbaik Rakyat

    Posted by editor | 6 December 2017 | 4

     

    Perjuangan lebih dua dekad di dalam UMNO sebagai jentera dan juga penyokong setia parti terus membara hingga ke hari ini apatah lagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan dalam masa terdekat sekaligus melonjakkan lagi semangat para perwakilan yang akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017) yang bermula semalam.

    Bagi Mariam Ismail, perwakilan Wanita Pulau Pinang dari Bahagian Bukit Gelugor, perjuangan UMNO mempunyai nilai dan keistimewaannya yang tersendiri dalam membantu rakyat dan juga menguruskan negara.

    “Saya dah berjuang di dalam UMNO lebih 20 tahun dan kali ini saya sekali lagi turut berpeluang untuk bersama-sama di dalam PAU 2017. Kepada golongan muda dan juga pendokong yang lain, marilah kita bersama-sama dalam membantu kemenangan parti.

    “Harap orang muda terus semangat dan bersama dengan orang lama di dalam parti untuk membantu parti nanti dengan bersama-sama kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak serta barisan kepimpinan parti yang lain, “ katanya kepada UMNO-Online, di sini baru-baru ini.

    Manakala bagi Zainab Hashim perwakilan dari negeri yang sama sependapat dengan rakannya itu kerana PAU 2017 adalah medan terbaik untuk sama-sama membangkitkan semangat membantu parti kelak.

     

     

    “Malah perwakilan Pulau Pinang rasa-rasanya semangat mereka sepertimana semangat kami khususnya untuk bersama-sama dengan rakan-rakan komponen di dalam Barisan Nasional (BN) untuk bangkit merampas kembali negeri tersebut nanti,“katanya.

    Sementara itu, Setiausaha Kerja UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Kamarudin Hasan berpandangan perhimpunan kali ini merupakan medan untuk parti bersiap siaga dan menaikkan semangat ahli-ahli UMNO untuk berjuang bersama menghadapi pilihan raya.

    “Amanat presiden merupakan perkara yang kita tunggu-tunggu sebagai jentera parti dari akar umbi, setiap parlimen dan bahagian untuk kita bawa kembali ke bahagian masing-masing dan memastikan kita mampu mempertahankan kerusi sedia ada dan mengembalikan semula kerusi yang tewas pada pilihan raya lalu.

    “Kemenangan berasal dari akar umbi, jika akar umbi tidak buat kerja, kalau akar umbi tidak menggerakkan jenteranya, kita tidak akan mencapai kemenangan. Sama-sama kita kembali ke kawasan masing-masing dan menumpukan gerak kerja untuk menyumbang kepada kemenangan UMNO dan BN dalam PRU-14 nanti,” katanya.- Media UMNO

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up