• Carian
  • Media Sosial
  • Kawalan Ketat Tapi Malaysiakini Masih Terlepas?

    Posted by editor | 6 December 2017 | 10:06 am | 595

     

     

    Perhimpunan Agung UMNO 2017 ini merupakan himpunan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pihak. Khususnya pembangkang, akan ada pihak yang sentiasa mahu mencari salah untuk menjatuhkan imej baik UMNO.

     

    Terbaharu, portal pro pembangkang Malaysiakini telah menggunakan pameran karikatur di PWTC bersempena Perhimpunan Agung UMNO kali ini sebagai modal untuk menyerang parti tunjang Barisan Nasional (BN).

     

    Apa yang pelik, dalam artikel bertarikh 5 Disember 2017 itu portal berkenaan menulis bahawa ada wakil Malaysiakini telah hadir dan masuk ke PWTC bagi meneliti perjalanan himpunan tersebut.

     

    Bukan kita tidak tahu, portal Malaysiakini merupakan sebuah media pro pembangkang yang sering melakukan propaganda jahat terhadap kepimpinan Kerajaan Pusat, Barisan Nasional, UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

     

    Persoalannya, bagaimana portal sejahat itu mampu terlepas masuk ke sebuah perhimpunan terbesar pro kerajaan di ibu pejabat UMNO? Adakah ada ‘kebocoran’ dalam penapisan media yang diberi kebenaran untuk membuat laporan di Perhimpunan Agung UMNO 2017?

     

    Pihak urusetia perhimpunan harusnya mengambil perhatian serius akan perkara ini. Sekiranya wakil portal pro pembangkang sebegitu mampu masuk ke dalam bangunan PWTC dan dewan persidangan, tidak mustahil akan lebih banyak berita yang dikelirukan atau dipropagandakan demi mahu memburukkan UMNO. –Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up