• Carian
  • Media Sosial
  • Belum Ada Lagi Jejaka Yang Berjaya Tambat Hati Fasha

    Posted by jane | 6 December 2017 | 28

     

    KUALA LUMPUR: Pelakon Fasha Sandha menegaskan dirinya masih solo selain belum terfikir untuk mencari pasangan hidup buat masa ini.

     

    Jelas Fasha, 33, dia juga masih belum bertemu dengan seseorang yang mampu menambat hatinya walaupun ada beberapa lelaki yang cuba mendekatinya.

     

    “Tiada yang menarik sebenarnya tentang cerita peribadi saya.

     

    “Kekasih tiada kerana saya masih solo tetapi kalau berkawan itu memang ada cuma hubungan itu sekadar kawan biasa sahaja.

     

    “Apa yang boleh saya katakan masih belum ada lelaki yang boleh menambat hati saya sebagai kekasih,” katanya.

     

    Fasha ditemui pada majlis pelancaran drama 70 episod iaitu Syurga Yang Kedua yang diadakan pada Selasa.

     

     

    Drama adaptasi daripada sinetron Indonesia itu membariskan pelakon seperti Zarul Husin, Elizad, Azizah Mahzan, Beego, Datuk Jalaluddin Hassan, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan Sherry Ibrahim.

     

    Ia bakal menemui penonton menerusi slot Tiara pada setiap Isnin hingga Jumaat , 6 petang di Astro Prima dan Maya HD bermula 12 Disember ini.

     

    Dalam pada itu, Fasha mengakui jadual seninya yang padat turut membataskan masanya untuk berfikir soal peribadi kerana tumpuannya adalah kepada kerjayanya.

     

    Bagaimanapun kata Fasha, dia gembira dengan kehidupannya sekarang kerana paling penting dua anaknya iaitu Putra Rayfal, 3 dan Putri Raysha Jemyma yang berusia 2 tahun sentiasa bersamanya.

     

    “Masa saya memang terlalu padat dengan aktiviti seni sampai kadang-kadang hendak jumpa anak pun tak sempat.

     

    “Macam mana pula hendak ada kekasih? Memang tiada masa. Tetapi saya bahagia dengan kehidupan sekarang sebab ada anak-anak sebagai penyeri hidup saya.

     

    “Mungkin apabila umur saya masuk 35 tahun baru saya fikir lebih serius tentang mencari pasangan,” ujarnya.

     

    Fasha sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 namun rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016.

     

    Bercakap mengenai Syurga Yang Kedua, Fasha berkata, dia tertarik dengan watak sebagai Vivy kerana karakternya yang disifatkan sebagai berat dan mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.

     

    Bagaimanapun kata Fasha, dia teruja dengan drama itu kerana ia sarat dengan cerita selain mesej yang kebanyakannya banyak berlaku dalam realiti masyarakat.

     

    “Apa yang boleh saya kata penonton perlu mengikuti drama ini daripada episod pertama kerana ia mengangkat pelbagai cerita tetapi banyak mesej.

     

    “Watak saya memang berat tetapi Alhamdulillah dapat dilaksanakan dan berharap drama ini dapat diterima baik oleh penonton,” katanya.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up