• Carian
  • Media Sosial
  • Zaharin Yasin Bakal Diganti Oleh Khalid Ibrahim Di UMNO Bandar Tun Razak?

    Posted by editor | 5 December 2017 | 838

     

    BERITA gempar yang baru sahaja diketahui menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2017 mengenai bekas pemimpin utama PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    Difahamkan melalui sebuah sumber yang enggan mendedahkan identiti, bekas Menteri Besar Selangor itu akan menyertai UMNO tidak lama lagi.

    Mengukuhkan lagi desas desus itu apabila Khalid hadir ke Konvensyen UMNO Selangor baru-baru ini yang dihadiri oleh Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Menurut Khalid, beliau sanggup bekerjasama dengan parti itu bagi menjatuhkan rejim Pakatan Harapan di negeri Selangor semasa PRU14 akan datang.

    Lebih menarik lagi, Khalid difahamkan akan dilantik menjadi pemimpin di UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. Bagi mengukuhkan lagi cerita itu, sumber berkenaan memberitahu bahawa Khalid berkemungkinan bakal menggantikan fungsi yang dipegang oleh Datuk Zaharin Mohd Yasin sekarang ini.

    Ini berikutan Zaharin yang juga seorang blogger dan ketua cawangan UMNO di bahagian tersebut seringkali mengkritik dan memaki hamun kepimpinan presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Razak secara terbuka.

    Bagaimanapun tarikh Khalid akan menyertai UMNO dan menggantikan Zaharin itu masih belum diketahui. –Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up