• Carian
  • Media Sosial
  • #PAU2017 Buka Tirai… Jadi Kayu Ukur Prestasi BN Dalam PRU14 Akan Datang

    Posted by editor | 5 December 2017 | 5:03 pm | 38

     

    PWTC dan kawasan sekitarnya sekarang ini sudah sesak dan dilimpahi dengan lautan manusia berbaju merah. Ini petanda bahawa Perhimpunan Agung UMNO kembali semula.

     

    Bermula pada hari ini 5 Disember, PWTC Kuala Lumpur menjadi saksi medan himpunan umat Melayu Islam dalam politik tanah air.

     

    Seperti kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, Perhimpunan Agung UMNO 17 atau PAU2017 ini adalah medan terpenting bagi parti utama Barisan Nasional itu untuk persediaan PRU14 akan datang.

     

    Dengan kata lain, kuat atau lemahnya Barisan Nasional dalam PRU14 akan datang sedikit sebanyak sudah boleh dilihat melalui aura dan semangat yang ditunjukkan semasa PAU2017 kali ini.

     

    Sepanjang tarikh 5 hingga 9 Disember ini bukan sahaja menarik minat komponen-komponen Barisan Nasional yang lain, malah ia juga turut ditunggu-tunggu oleh Pakatan Harapan secara keseluruhannya.

     

    Apapun semoga jutaan ahli dan orang UMNO tidak akan mengalah dan patah semangat untuk terus berjuang di dalam UMNO demi kelestarian politik tanah air. –Tv14

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up