• Carian
  • Media Sosial
  • Tiada Bukti Tuhan Wujud — Penolong Editor Malay Mail Online

    Posted by editor | 30 November 2017 | 128

     

    Tuhan tidak wujud dan tiada langsung bukti yang menunjukkan kewujudan tuhan-tuhan, kempen Boo Su-Lyn, penolong editor Malay Mail Online.

    Penulis akhbar online yang dimiliki oleh Redberry Group, anak syarikat Ancom Bhd itu mengeluarkan kenyataan sedemikian dalam sebuah video bagi membidas jawapan Timbalan Menteri Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki kepada kebimbangan Dr Siti Mariah Mahmud mengenai kumpulan Melayu murtad melampau Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur yang telah kerap kali menghina rakyat Malaysia yang beragama, khasnya umat Islam.

    Tulang belakang Himpunan Anti-RUU 355 itu berkata, “Saya ada berita untuk kamu kawan, Tuhan tidak wujud. Deal with it. Tiada seorang manusia pun di Bumi ini yang mempunyai sebarang bukti mengenai kewujudan satu tuhan atau tuhan-tuhan.”

    “Dan untuk memaksa kami mempercayai kepada sesuatu yang tidak wujud adalah mengarut! Adakah kamu mahu saya menyertai Gereja Raksasa Spaghetti terbang? Atau perlukan saya percaya kepada agama Jedi?”

    Boo Su-Lyn sebelum ini juga pernah mendesak supaya jabatan-jabatan agama dan sistem perundangan Syariah di Malaysia dihapuskan di samping menggesa agar Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang menghalang orang bukan Islam daripada menyebarkan agama mereka kepada orang Islam dihapuskan.

    Boo Su-Lyn juga mendakwa betapa teruknya penindasan yang kononnya dilakukan oleh golongan beragama terhadap rakyat Malaysia, termasuklah halangan untuk melakukan seks dengan sesiapa yang mereka hendaki.

    Beliau berkata, “Dan di Malaysia ini tentu bukan kami yang ke hulu ke hilir menentukan bagi orang ramai bagaimana untuk berpakaian, bagaimana untuk makan, siapa yang mereka boleh buat hubungan seks dan siapa yang tak boleh.”

    “Atau jika tidak mereka semua akan dihumban ke neraka,” kata penulis yang mendesak agar polisi yang membantu golongan Bumiputera dihapuskan ini lagi.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up