• Carian
  • Media Sosial
  • Izreen Azminda Bakal Kahwin Dengan Pemain Muzik Gegar Vaganza

    Posted by jane | 30 November 2017 | 1177

     

    PETALING JAYA: Desas-desus mengenai status dramatis Izreen Azminda bakal terjawab apabila pelakon itu dijangka berkahwin dalam waktu terdekat.

     

    Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 32, akan disatukan sebagai isteri kepada pemuzik bebas yang kini bertugas dalam rancangan Gegar Vaganza dikenali sebagai R atau nama timangannya Uda.

     

    Dalam pada itu sumber berkata, aktres itu akan mengadakan sidang media khas berhubung hal berkenaan dalam masa terdekat namun hanya segelintir media sahaja yang akan dipanggil membuat liputan.

     

    Bagaimanapun satu majlis doa selamat akan diadakan oleh Izreen pada 7 Disember depan di Damansara Perdana kira-kira pukul 8 malam.

     

    Dalam satu laporan sebuah media baru-baru ini, Izreen enggan memberi sebarang komen mengenai gosip kononnya dia akan berkahwin dengan seorang pemuzik berstatus suami orang.

     

    Menerusi laporan mStar Online pada 10 Ogos 2017, Izreen memberi pendapat tidak salah seseorang lelaki untuk berkahwin lain kerana golongan itu dibenarkan oleh agama Islam untuk mempunyai empat orang isteri.

     

    Aktres ini yang merupakan ibu tunggal pernah berkahwin dengan juru kamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah 2014.

     

    Mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinan itu.

     

    Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Izreen sejak beberapa hari lalu bagaimanapun tidak berjaya kerana dia tidak menjawab panggilan telefon dibuat serta tidak membalas mesej dikirimkan.

     

    Sementara itu ada sumber lain pula mendakwa, pelakon itu sebenarnya sudah mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu tetapi tiada pengesahan mengenainya.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up