• Carian
  • Media Sosial
  • “Jangan Begini Uqasha, Simpan Sikit Untuk Suami”

    Posted by editor | 25 November 2017 | 630

     

    Semalam, Uqasha Senrose ada berkongsi beberapa gambar di Instagram, tetapi apa yang menarik perhatian adalah baju yang dikenakan itu agak ketat di bahagian payudara hingga menonjolkan bahagian tersebut. Teruk juga Uqasha dikritik hingga mendapat puluhan ribu komen pada gambar itu.

    Difahamkan gambar itu dimuat naik semalam di Instagram bagi memberi kredit kepada juru mekap dan pereka baju. Tetapi sebaliknya mendapat kecaman apabila gambar tersebut lebih menampakkan tubuh badannya yang montok hingga ada yang berpendapat Uqasha inginkan perhatian.

    Malah ada juga yang merasakan tindakan Uqasha membuka tudung suatu ketika dulu kerana ingin berpakaian bebas seperti ini. Melihatkan gambar seumpama ini memang tidak semua berfikiran positif, ada yang memerli Uqasha supaya simpan sedikit asetnya untuk tatapan bakal suami.

    Tidak silap rasanya baru kelmarin Uqasha mengadu damba mengenai dirinya yang sering menjadi mangsa kecaman. Tetapi dengan perkongsiannya semalam, rasanya Uqasha perlu tanya diri sendiri mengapa dirinya selalu dijadikan sasaran. Ingat, tak semua gambar perlu dikongsi. (rtky/w)

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up