• Carian
  • Media Sosial
  • ‘Pendidikan Seks Bukan Ajar Cara Buat Seks’ [VIDEO]

    Posted by editor | 24 November 2017 | 37

     

    Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini menegaskan keperluan pendidikan seks di sekolah-sekolah.

    Siti Hasmah berkata, idea itu katanya sudah lama dilontarkan tetapi selalu dipandang negatif.

    “Saya ingat… sewaktu saya di kedah, Tan Sri Khir Johari ketika itu menteri pelajaran mencadangkan pendidikan seks perlu diadakan di sekolah-sekolah.

    “Apa lagi, semua org meletup, hentam dia,” katanya dalam acara Parti Pribumi Bersatu Malaysua (BERSATU) di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

    “Oleh sebab mereka tidak faham, mereka menganggap bila sebut saja pendidikan seks, dia ajar macam mana cara seks.”

    Hasmah berkata demikian ketika mengulas cadangan Pemuda BERSATU berkaitan pendidikan seks sebelum ini.

    Sementara itu, mengulas kedaan semasa, Hasmah meningatkan orang ramai terhadap bahaya Internet kepada golongan muda.

    “Pendidikan seks bukan cara-cara bagaimana nak lakukan seks. Itu mereka boleh tekan butang Internet, terbuka kepada macam-macam pornografi. Itu bukan cara kita. Kita tak mahu berlaku.

    “Tapi tunjuk kepada remaja, apa tuhan telah beri kepada kita, menghormati dan menjaga maruah sebab pemberian tuhan beri amat tinggi.

    “Kenapa kita (wanita) diadakan Allah sebagai teman kepada Adam.

    “Kalau kita tak beritahu kepada anak-anak kita, khasnya remaja, mereka nanti masuk satu peringkat yang bertukar, usia bertambah, akan ada perubahan badan, perasaannya, boleh lihat bentuk badan bertukar.

    “Kita mesti beritahu remaja apa akan berlaku,” katanya. – Malaysiakini

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up