• Carian
  • Media Sosial
  • [VIDEO] Bila Anak Muda Tanya Mahathir Tentang Anwar ‘Melancapi Lelaki’, Apa Dia Jawab?

    Posted by editor | 23 November 2017 | 299

     

    Beberapa orang anak muda mendapati tidak semestinya mereka perlu menutupi pertanyaan mereka kepada pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Dr Mahathir Mohamad malam ini agar soalan mereka terlihat lebih manis atau berbunyi lebih sopan.

    Antara soalan yang ditanyakan kepada beliau dalam sesi dialog town hall bersama anak muda di Petaling Jaya ialah jika beliau masih berpegang dengan dakwaan beliau bahawa ketua umum HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ‘melancapkan lelaki lain’.

    Bagaimanapun beliau tidak menjawab soalan itu secara langsung.

    Mahathir memberitahu hadirin pihak polis telah menyerahkan laporan tentang salah laku Anwar kepada beliau tiga tahun sebelum bekas perdana menteri itu ditahan.

    Malahan pada ketika itu, kata Mahathir beliau masih tidak percaya dakwaan tersebut.

    Surat kakak Azmin, laporan polis

    “Saya fikir polis cuba untuk menjejaskan beliau. Beliau timbalan saya, saya tidak arahkan polis untuk ambil tindakan.

    “Tetapi kemudian saya mendapat surat dari adik perempuan (Datuk Seri) Azmin Ali (timbalan presiden PKR) yang saya tidak endahkan tetapi polis memberikan laporan teliti,” kata Mahathir.

     

     

    Malahan pada ketika itu, kata Mahathir beliau masih tidak percaya dakwaan tersebut.

    “Saya mahu mewawancara orang-orang tersebut dan mereka bersetuju bahawa perkara itu berlaku.

    “Selepas itu saya bertanya apa yang kita semua perlu buat. Parti memutuskan bahawa beliau tidak lagi layak berada di dalam parti atau selaku timbalan perdana menteri.

    Seteru dua dekad, Mahathir dan Anwar berdamai

    “Tetapi melangkaui tindakan polis ketika itu, saya tidak terlibat dalam tindakan polis tetapi mestilah kamu tidak percaya,” kata Mahathir.

    Mahathir pada September 1998 berkata pihak berkaitan dalam hal itu telah datang memberitahu beliau apa yang terjadi di antara Anwar dan mereka.

    Mahathir kemudiannya menjelaskan beberapa perlakuan seks di luar tabie yang didakwa dilakukan Anwar.

    Memberitahu sidang akhbar semasa itu, Mahathir ketika itu berkata seorang lelaki memaklumkan kepada beliau bahawa Anwar bukan sahaja meliwat tetapi ‘melancapi’ dia.

    “Saya tidak dapat terima seorang lelaki peliwat akan menjadi pemimpin negara ini,” kata Mahathir menjelaskan kisah lama itu.

    Walaupun berseteru selama hampir dua dekad selepas pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri yang kemudiannya didakwa meliwat dan menyalahgunakan kuasa, kedua-dua Mahathir dan Anwar telahpun berdamai pada September tahun lalu.

    Kedua-duanya kini pemimpin utama Pakatan Harapan.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up