• Carian
  • Media Sosial
  • Demam Baby Shark Tak Kebah-Kebah, Terus-Terusan ‘Berdoo Doo’

    Posted by editor | 18 November 2017 | 15

     

    Sepanjang minggu ini di aplikasi Raku, warga Kuala Lumpur lebih banyak mendengar lagu Baby Shark Doo Doo berbanding lagu-lagu popular lain untuk berada di tempat pertama Carta Awani Raku.

    Baby Shark mengetepikan lagu-lagu popular tempatan lain seperti Terus Mencintai nyanyian Siti Nordiana, Kisah Ku Inginkan nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika dan juga lagu rock kapak Bunga Larangan (UG14).

    Tetapi bagaimana ‘demam’ Baby Shark Doo Doo ini bermula?

     

    Lagu Baby Shark Doo Doo mencecah tontonan sehingga 800 juta di YouTube sejak dimuat naik setahun lalu.

    Lagu ini merupakan sebahagian daripada siri Baby Shark yang dilancarkan ‘start-up’ pendidikan Korea, SmartStudy melalui jenama Pinkfong pada 2015.

    Baby Shark Doo Doo menjadi tular selepas beberapa kumpulan K-Pop seperti Girl’s Generation, Red Velvet dan Blank Pink yang membawakan lagu ini ketika persembahan di program televisyen dan juga konsert mereka.

    Walaupun sudah setahun dimuat naik ke platform YouTube, namun belum ada tanda-tanda fenomena lagu ini akan reda.

    Menurut laporan Forbes, 65 peratus keuntungan kandungan digital Pinkfong dijana luar dari Korea.

    Syarikat itu menjangkakan pendapatan daripada YouTube akan meningkat sebanyak 30 peratus pda tahun 2017 selepas ianya menjadi kegilaan seluruh dunia.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up