• Carian
  • Media Sosial
  • Kuala Lumpur Kalahkan Barcelona, Amsterdam, Duduki Tangga Ke-4 Bandar Ekspat Terbaik

    Posted by editor | 17 November 2017 | 27

     

    Tulisan asal oleh:
    The Malaysian Insight, 17 November 2017

    KUALA Lumpur telah mengalahkan beberapa bandar-bandar Eropah yang paling terkenal untuk muncul pada kedudukan ke-4 bandar ekspat yang terbaik dalam senarai kedudukan 2017 InterNations Expat City Rankings.

    Ibukota Malaysia berada hanya di belakang Manama, Prague dan Madrid, antara 51 bandaraya yang dinilai oleh ekspat.

    Ia satu peningkatan untuk Kuala Lumpur, atau Kay El (KL), seperti yang disebut oleh rakyat Malaysia, yang berada pada tangga ke-24 tahun lepas.

    Paris, Jeddah dan Lago bagaimanapun, adalah 3 bandar raya yang paling teruk untuk ekspat, selepas Dublin dan Riyadh.

    Peserta diminta untuk menilai lebih daripada 25 aspek kehidupan bandar di luar negara pada skala satu hingga tujuh. Proses penarafan itu menekankan kepuasan peribadi responden dengan aspek-aspek ini dan mempertimbangkan kedua-dua topik emosi serta aspek-aspek yang lebih faktual dengan graviti yang sama.

    Penarafan responden ini kemudian dikumpulkan dalam pelbagai kombinasi untuk 13 subkategori, dan nilai min digunakan untuk membuat empat indeks topikal: Kualiti Kehidupan Bandar, Keselesaan untuk Menetap, Kehidupan Bekerjaya di Bandar, dan Kewangan dan Perumahan.

    Kuala Lumpur berada di bahagian teratas dalam Getting Settled Index, yang mengambil kira keramahan penduduk tempatan terhadap ekspat dan ketersediaan dan kos penginapan.

    10 bandar terbaik untuk ekspat, menurut 2017 InterNations Expat City Rankings, adalah:

    1. Manama
    2. Prague
    3. Madrid
    4. Kuala Lumpur
    5. Amsterdam
    6. Barcelona
    7. Johannesburg
    8. Bangkok
    9. Basel
    10. Frankfurt

     

     

    Link asal artikel:
    https://www.themalaysianinsight.com/s/23264/

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up