• Carian
  • Media Sosial
  • Durian Boleh Rangsang ‘Nafsu Syahwat’ Lelaki

    Posted by editor | 16 November 2017 | 36

     

     

    Kerajaan akan membuat kajian terhadap khasiat memakan durian yang dikatakan memberi kebaikan untuk kesihatan lelaki.

    Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ia tambahan beberapa kajian dari seluruh negara terhadap sudut positif memakan durian.

    Jelasnya, ia termasuk kajian di luar negara mengenai komposisi durian yang mempunyai antioksida lebih tinggi selain berkaitan kulit durian yang mempunyai antibiotik untuk melegakan batuk.

    “Durian juga seperti makanan lain ianya boleh dimakan, baik untuk dimakan tetapi dalam bentuk kesederhanaan.
    “Jangan berlebih-lebihan terutamanya kepada pesakit kencing manis. Ada kajian durian ini ada unsur baik untuk lelaki dan kita akan beri badan berkaitan untuk buat kajian lebih mengenai hal ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Barisan Nasional-Bagan Serai) mengenai kajian durian dan kesan pengambilannya terhadap kesihatan.

    Dalam pada itu jelasnya, teknologi simpanan durian menggunakan kaedah sejuk beku membolehkan buah itu dapat dinikmati sepanjang masa dan bukan hanya waktu musimnya sahaja.

    Selain itu katanya, kaedah penggunaan kolagen pada durian juga membolehkan buah itu bertahan sehingga setahun.

    Bagaimanapun katanya, jika diberi pilihan, orang ramai lebih menggemari durian Malaysia berbanding dari Thailand.

    Sebelum ini, Shabery menjelaskan, kerajaan memohon kelulusan segera daripada Kerajaan China untuk membolehkan durian Musang King segar dibawa ke pasaran republik itu dalam masa terdekat.

    Tegasnya, ia secara tidak langsung membolehkan pasaran raja buah itu mampu bersaing dengan buah-buahan tempatan yang sudah berjaya dieks­port ke negara itu sebelum ini.

    Jelasnya, setakat ini negara tersebut hanya menerima pasaran eksport musang king sejuk beku sahaja.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up