• Carian
  • Media Sosial
  • [VIDEO] Kerajaan DAP Pulau Pinang Hidup Dalam Penafian

    Posted by editor | 15 November 2017 | 7

     

     

    Kerajaan DAP Pulau Pinang disifatkan seperti ‘hidup dalam penafian’ apabila membuat penafian tentang bantuan yang dihulurkan Kerajaan Persekutuan kepada mangsa banjir di negeri itu.

     

    Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid, berkata Kerajaan Persekutuan bukan sahaja menyumbang barangan keperluan kepada mangsa banjir, malah tenaga untuk membersihkan kawasan yang terjejas teruk.

     

    “Kerajaan negeri memang sentiasa ‘denial’ (nafikan), tidak mahu mengaku Kerajaan Persekutuan sudah hulurkan bantuan.

     

    “Tak mengaku kita (Barisan Nasional) bantu kawasan-kawasan banjir,” katanya dalam satu sidang media.

     

    Jahara turut mengakui bahawa Kerajaan Persekutuan tidak sempurna dalam mengagihkan bantuan, namun paling tidak bantuan telah disampaikan kepada rakyat yang memerlukan dengan cepat dan tersusun.

     

    Sebaliknya kerajaan yang dipimpin oleh Lim Guan Eng itu terus menerus menafikan usaha Kerajaan Persekutuan dalam meringankan nasib mangsa tanpa mengira status agama, bangsa dan ideologi politik mereka. –Tv14

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up