• Carian
  • Media Sosial
  • [VIDEO]: Lupa Tekan Suis Periuk Nasi, Johan Bahan Ozlynn

    Posted by jane | 14 November 2017 | 3

     

    Keintiman hubungan Johan dan isterinya, Ozlynn memang tidak dapat dinafikan. Apatah lagi makanan merupakan salah satu pengikat hati suami dan tidak dapat dinafikan lagi bahawa Ozlynn merupakan isteri yang gemar memasak.

     

    Tidak percaya? Walaupun bersikap ‘gila-gila’, Ozlynn sebenarnya seorang yang suka memasak dan instagram mereka penuh dengan gambar makanan Melayu. Terliur beb!

     

    Baru-baru ini Johan dalam laman Instagram mereka berkongsi sebuah video pendek mengenai susah payah seorang isteri menyediakan hidangan buat suaminya.

     

    Johan dalam video berkenaan menyatakan keinginannya untuk merasai masakan isterinya sebelum menyedari suis periuk nasi berkenaan belum ditekan. Namun setelah siap ‘membahan’ Ozlynn, Johan sempat memuji dan berterima kasih kepada isterinya itu.

     

    Video berkenaan turut disertakan dengan mesej perbualan mereka berdua yang sangat melucukan.

     

    Rata-rata netizen terhibur dengan pasangan terbabit, bahkan ada juga wanita lain yang berkongsi pengalaman mengalami perkara yang sama.

     

     

    Bahahahahhahahahahahha!!! xnk kawan!!! #tqutklaguwanitaterakhir ❤️ #untungrasabilakekuranganisteritudisambutdgnsenyuman

    A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up