• Carian
  • Media Sosial
  • [VIDEO]: Ibu Bapa Muatnaik Rakaman Saat Akhir Hayat Anak Mereka Ke Internet

    Posted by jane | 14 November 2017 | 10

     

    Pengalaman kehilangan anak seperti kematian merupakan antara perkara yang paling pahit dan menyedihkan kepada mana-mana ibu bapa di dunia.

     

    Buat ibu bapa kepada Kyle Careford, 20 tahun dan Michael Owen, 21 tahun, peritnya pasti lebih terasa kerana mereka dapat melihat dengan mata mereka sendiri saat-saat terakhir sebelum kehilangan anak-anak kesayangan mereka.

     

    Kyle dan Michael yang mati akibat kemalangan setelah kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum merempuh dinding sebuah gereja.

     

    Kereta yang dipandu oleh rakan mereka dilaporkan telah dipandu dengan laju. Seorang daripada mereka memandu manakala seorang lagi merakam aksi mereka pada waktu itu. Kelajuan kereta tersebut sekitar 150km/j.

     

     

    Meskipun insden ini berlaku pada tahun 2015, baru-baru ini, ibu bapa mereka telah memutuskan untuk memuatnaik rakaman detik-detik terakhir anak-anak mereka sebelum kemalangan ke dalam internet.

     

    Mereka ingin peristiwa tersebut menjadi pengajaran kepada orang muda lain di luar sana untuk berhati-hati dan membuat pilihan lebih baik berbanding dengan anak-anak mereka yang membuat kesilapan yang besar pada malam tersebut.

     

    Laporan menyatakan bahawa kedua lelaki tersebut terlibat dengan dadah. Rakaman yang dimuat naik itu kini telah ditonton sebanyak 1.7 juta kali pada laman Youtube.

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up