• Carian
  • Media Sosial
  • [VIDEO]: Gara-Gara Mahu Menang iPhone X, Guru Pelatih Sanggup Menari Bogel

    Posted by jane | 14 November 2017 | 143

     

    Seorang guru pelatih telah ditipu dengan disuruh berbogel dengan janji akan diberikan iPhone X.

     

    Murid berusia 19 tahun itu telah dibuang dari kolej selepas mengambil bahagian dalam satu aksi kelab malam untuk memenangi telefon pintar Apple yang terbaru – hanya untuk dihadiahi telefon bimbitnya sendiri yang lebih murah yang telah diambil dari begnya.

     

    Rakaman menunjukkan remaja itu – yang hanya dikenali sebagai Yevgenya S – dengan kekok menutupi payudaranya di kelab malam itu di Troitsk, Rusia.

     

    Dia diusir dari kolejnya selepas gurunya melihat video itu dalam talian.

     

    Pelatih itu berkata dia mengambil bahagian dalam pertandingan selepas melihat lelaki di kelab itu melakukan perkara yang sama.

     

    ‘Kami sedang bergembira, minum-minum, kemudian pertandingan itu bermula,’ katanya.

     

    Hos itu bermula dengan pengunjung lelaki, dan kemudian tiba giliran saya.’

     

     

    Dirakam menggunakan telefon oleh pengunjung, klip itu menunjukkan hos pertandingan yang menggesa Yevgenya untuk menanggalkan pakaian dalamnya.

     

    Dia menawarkan diri untuk memeluknya semasa pelatih itu berbuat sedemikian supaya penonton tidak nampak sambil orang ramai bersorak keseronokan.

     

    Ibu Yegenya, Elena, dilaporkan melakukan beberapa pekerjaan untuk membiayai pendidikan anak perempuannya itu.

     

    Dia berkata anak perempuannya sudah mampu untuk membuat keputusannya sendiri tetapi kadang-kadang ‘dia melakukan apa yang disuruh oleh orang lain’.

     

    ‘Dia bukan baru 15 tahun, dia harus berfikir dengan otaknya sendiri,’ katanya.

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up