• Carian
  • Media Sosial
  • Pengasas Gaydar Mati Bunuh Diri

    Posted by jane | 14 November 2017 | 7

     

    PENGASAS bersama laman web cari jodoh untuk golongan gay iaitu jutawan Henry Badenhorst telah terjun dari tingkat 23 sedekad selepas teman lelakinya meninggal dunia dengan cara yang sama.

     

    Henry adalah pengasas bersama Gaydar. Dia terhempas di atas sebuah kereta limosin di sebuah hotel, Michelangelo Towers di Johannesburg, Afrika Selatan.

     

     

    Tragedi ini berlaku 10 tahun selepas kekasihnya, Gary Frisch melompat dari balkoni sebuah bangunan di selatan London pada 2007 akibat pengaruh dadah.

     

    Menurut rakan-rakannya, Henry mengalami kemurungan.

     

    Dalam pada itu, seorang saksi, Khuthali Zondo berkata, dia sedang berjalan melintasi bangunan mewah berkenaan apabila melihat sesuatu yang mengejutkan dan menakutkan iaitu seorang lelaki terhempas di atas tingkap belakang sebuah kereta.

     

    “Saya dengar bunyi bising dan lihat seseorang terhempas atas kereta. Kaca bertaburan dan darah pula mengalir ke jalan,’’ katanya.

     

    Pasangan berkenaan sebelum ini memperolehi keuntungan dengan menghasilkan laman web Gaydar pada 1999. Henry dan Frisch telah bersama selama 15 tahun dan menubuhkan Gaydar selepas seorang rakan gay mereka menyatakan bahawa dia terlalu sibuk untuk mencari cinta.

     

    Gaydar kini mempunyai enam juta ahli di 140 negara.

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up