• Carian
  • Media Sosial
  • MU Bakal Pecah Rekod Beli Marco Asenso

    Posted by suzein-yana | 14 November 2017 | 157

     

    Terbaru Manchester United bakal memecahkan rekod pembelian pemain kelab itu dengan menandatangani bintang dari Real Madrid, Marco Asensio.

    Penyerang kelab gergasi Sepanyol itu sudah lama diintip oleh pengendali MU, Jose Mourinho dan United dalam proses menyediakan dana 177 juta pound (RM972.5 juta) bagi mendapatkan pemain berusia 21 tahun itu.

    Menurut akhbar sukan Sepanyol, Don Balon perpindahan itu akan memecahkan rekod pembelian yang dilakukan oleh United sebelum ini, ketika mendapatkan Paul Pogba dengan nilai 89 juta pound (RM489 juta) pada musim panas 2016.Tambahnya lagi akhbar itu turut mendakwa pengendali dari Portugal itu sudahpun bertemu Asensio bagi perpindahan itu.

    Difahamkan, Asenso bakal mendapat bayaran tertinggi sebanyak 24 juta pound (RM131.8 juta) semusim jika perpindahan itu dimeterai atau gaji mewah 461,000 pound (RM2.53 juta) seminggu.

    Sekiranya menjadi kenyataan, Asensio akan menandatangani kontrak selama lima tahun di Old Trafford.

    Berita mengenai perpindahan pemain muda itu mula bertiup kencang selepas United dipercayai bersedia untuk berbelanja besar ketika jendela perpindahan musim depan.

    Asensio beraksi cemerlang bersama Real bagi kempen musim ini dan sudah menjaringkan empat gol serta dua umpanan dalam lapan penampilan.

    Ketika Sepanyol menang besar 5-0 ke atas Costa Rica, Sabtu minggu lepas, Asensio dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-65 bagi menggantikan rakan sepasukannya Isco – Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up