• Carian
  • Media Sosial
  • Mane Cedera, Kloop Pening

    Posted by suzein-yana | 14 November 2017 | 23

     

     

    Jurgen Klopp bimbang Sadio Mane akan berdepan satu lagi situasi sukar akibat kecederaan, apabila penyerang Liverpool itu dilanda hamstring, ketika beraksi untuk Senegal di saingan antarabangsa.

    Ketika ini, Klopp dilanda isu sama apabila bek kanan, Nathaniel Clyne disahkan akan terlepas aksi lebih tiga bulan, susulan pembedahan akibat kecederaan belakang yang menyaksikan pemain ini tersisih sejak awal musim ini.

    Mane yang menjaringkan 16 gol dalam 32 aksi Liga Perdana sejak menyertai Liverpool pada musim panas lalu, akan kembali ke England pada Selasa selepas dilepaskan oleh Senegal.

    Pengurus Liverpool itu berkata; “Apa yang dirisaukan ialah, isu kecederaan hamstring akan kembali menjadi agenda. Dalam beberapa hari ini, ia akan menjadi kritikal – untuk dipantau dan diuruskan.

    “Kami akan menilai Sadio secepat mungkin apabila dia kembali ke sini dan akan membuat keputusan apa yang terbaik bagi memastikan dia kembali cergas menjelang aksi penting akan datang.

    “Kami menghormati betapa pentingnya pemain ini kepada Senegal. Dia juga berbangga dengan negaranya kerana dia menjadi contoh kepada mereka (pasukan).

    Sebelum ini, Klopp berharap pemain berusia 26 tahun yang juga bek kanan England (Clyne) mampu untuk cergas sepenuhnya apabila kembali menjalani latihan bulan lalu, namun malangnya, dia sekali lagi dilanda kecederaan.

    Dalam perkembangan lain, Adam Lallana dijangka akan kembali menjalani latihan bersama pasukan LFC ini – AFP / Reuters

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up