• Carian
  • Media Sosial
  • Isu Banjir : Guan Eng Belum Puas Hati, Desak PM Umum Bantuan RM500

    Posted by fatty | 14 November 2017 | 23

     

    Seolah-olah enggan berpuas hati dengan pelbagai bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sekali lagi menggesa pula Kerajaan Pusat memberi bantuan wang ihsan RM500 kepada setiap isi rumah yang terlibat.

    Guan Eng dipetik berkata, bantuan itu perlu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang pernah diberikan kepada pendudk Kelantan ketika dilanda banjir besar pada 2014, lapor Utusan Online.

    “Kerajaan Persekutuan bolehlah membuat pengumuman bayaran sama seperti yang diumumkan di Kelantan sebanyak RM500,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang, hari ini.

    Sementara itu, akhbar yang sama turut melaporkan Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih turut menafikan laporan yang mendakwa beliau membangkitkan berhubung Kerajaan Persekutuan yang masih belum menghulurkan bantuan secara langsung kepada mangsa banjir di negeri ini.?

    “Kita tidak cakap Perdana Menteri tidak bantu tetapi kita hanya kata mereka belum umumkan bantuan,” jelasnya.?

    Akhbar hari ini melaporkan Guan Eng mendakwa Perdana Menteri tidak mengumumkan sebarang peruntukan bagi mengatasi masalah banjir termasuk bantuan langsung kepada mangsa bencana berkenaan di negeri ini.?

    Kenyataan itu dipersoalkan kerana misi bantuan Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) sehingga Sabtu lalu menurut Presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim merupakan usaha yang dipantau secara terus oleh Perdana Menteri.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up