• Carian
  • Media Sosial
  • DAP… Teras Yang Sudah Rosak

    Posted by editor | 14 November 2017 | 11:35 am | 144

     

    Tulisan asal oleh:
    SeaDemon Says, Malaysia Today, 13 November 2017

    Tidak hairanlah bahawa pemilihan CEC DAP baru-baru ini mengekalkan kira-kira 90 peratus daripada barisan asalnya. Walaupun telah membawa DAP melalui pelbagai pusingan-U dengan bekerjasama dengan musuh ketatnya, Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang masih memenangi pemilihan itu dengan jumlah undi yang paling banyak. Anaknya, Guan Eng, walaupun didakwa atas dua tuduhan rasuah, mendapat tempat ketiga dan kekal menjadi Setiausaha Agung parti.

    Ronnie Liu dari Selangor yang terkenal kerana cuba menghalang pihak berkuasa daripada menyerbu rumah pelacuran dan perjudian di Selangor sebelum DAP berkuasa juga kembali selepas hilang selama satu penggal. Ahli yang terkeluar dari senarai termasuklah lelaki yang menjadi simbol DAP yang bersih, sederhana dan bebas rasuah – Tan Seng Giaw.

    Dan bagi imej berbilang kaumnya, hanya dua orang India dan satu orang Punjabi yang dipilih tetapi tidak ada seorang pun orang Melayu yang memasuki senarai 20 teratas – tetapi bekas Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah bin Tengku Puji dilantik sebagai Naib Pengerusi. Beliau adalah orang Melayu tunggal dalam barisan CEC. Christopher Ross Lim, lelaki Cina yang menyamar sebagai Melayu dengan menggunakan nama Zairil Khir Johari, berada di tempat ke-19. Beliau dilahirkan sebagai orang Cina dan kekal sebagai orang Cina.

    Hanya 54 peratus atau 1,356 perwakilan yang menghadiri pemilihan CEC daripada 2,514 perwakilan pada tahun 2013. Ini menunjukkan bahawa sokongan untuk Dinasti Lim semakin berkurang. Mereka boleh menikmati kejayaan parti sekarang tetapi sama ada itu akan memberi impak ke atas undi sebenar terutama di Pulau Pinang masih belum boleh dijangkakan. Dengan hanya 450,000 ahli berdaftar, DAP lebih banyak bergantung kepada propagandanya untuk memenangi rakyat, yang sejak kebelakangan ini seolah-olah tenggelam dalam banjir dan tertimbus dengan tanah runtuh akibat pembangunan yang melampau di kawasan lereng bukit dan juga akibat penambakan di Pulau Pinang.

    Dan untuk menyenangkan hati seorang lelaki yang sudah mati, Karpal Singh yang telah tiga tahun meninggal dunia juga telah berjaya mendapatkan 43 undi, lebih banyak daripada mana-mana calon Melayu. Bagaimana Karpal masih boleh mendapat undian sangat membingungkan saya.

    Ini menunjukkan imej DAP yang sudah rosak di terasnya.

     

     

    Link asal artikel:
    http://www.malaysia-today.net/the-rotten-core/

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up