• Carian
  • Media Sosial
  • DAP : Melayu Jadi ‘Askar Suruhan’, Penguasa Tetap Legasi Lim

    Posted by editor | 14 November 2017 | 12:11 pm | 63

     

    DAP memang hebat, ya memang hebat. Selama 52 tahun parti itu mengkaji dan mengamati setiap susuk tubuh, emosi, perangai dan gerak geri bangsa Melayu di negara kita.

    Mereka hebat kerana pernah buat salah pada tahun 1969 sehingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei. Mereka akui bahawa ‘terlupa diri’ apabila diberi kuasa secara mendadak.

    Lalu bangkit dari peristiwa itu, DAP merangkak sedikit demi sedikit untuk mencuti hati dan jiwa bangsa Melayu tanpa ada sedikit pun rasa jemu sehingga ke hari ini.

    Kenapa mereka terlalu inginkan sokongan bangsa Melayu? Kerana DAP sedar bahawa dengan adanya sokongan dan undi bangsa Melayu lah mereka (DAP) mampu untuk memegang kuasa di negara ini.

    Usaha mereka ternyata berkesan. Ditakdirkan Negeri Pulau Pinang telah mereka takluk setelah mereka berjaya memecahbelahkan orang Cina anti DAP dan bangsa Melayu di sana.

    Akhirnya 2 penggal mereka telah mentadbir Pulau Pinang dengan rakus dan kuku besi. Di penggal pertama mungkin tiada yang besar berlaku, namun di penghujung penggal kedua ini dunia dapat saksikan bagaimana Tuhan turunkan air untuk memberi peringatan.

    Peringatan bahawa DAP bukanlah parti politik yang paling sesuai untuk diberi kuasa memerintah kerajaan.

     

     

    DAP ada dua orang diktator yang hebat iaitu Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng. Mereka inilah yang mencatur segalanya untuk sebuah agenda besar yang tersembunyi.

    Mahu jadikan negara kita sebagai sekular dalam konsep ‘Malaysian Malaysia’, DAP ternyata tidak pernah gagal untuk menuju kepada agenda besar itu. Walaupun DAP terpaksa mengikuti pelbagai onak duri dan strategi yang gagal berulang-ulang kali.

    Sekarang ini mereka tukar strategi. DAP mahu pergunakan bangsa Melayu pula. Tidak seperti dahulu yang mana pendekatan DAP lebih kepada memusuhi bangsa Melayu.

    Mereka sekarang ini giat mencari anak-anak gadis atau jejaka bangsa Melayu untuk dijadikan sebagai ‘ikon DAP’ dalam dunia politik. Mereka sudah dapat produk sehebat Dyana Sofya, Young Syefura Othman dan lain-lain.

    Namun terbukti mereka ini masih tidak cukup buat DAP untuk menggaburi mata bangsa Melayu di Malaysia yang menjadi undi penentu kepada kemenangan sesebuah parti politik.

    Tetapi mana-mana bangsa Melayu yang menyertai DAP tidak akan ‘dibenarkan’ untuk mengetuai organisasi parti itu. Mereka mungkin diberi jawatan dan kuasa, namun yang pasti ia tidak akan melebihi daripada apa yang diterima oleh kaum Cina dalam DAP.

    Lihat sendiri bagaimana pemilihan CEC DAP telah membuktikan segalanya kepada kita? Jika kita lihat senarai anggota CEC DAP yang telah diberi kuasa dan jawatan, berapakah bilangan bangsa Melayu yang berjaya?

    Hanya seorang saja yang bernama Zairil Khir Johari. Itupun ramai juga netizen di media sosial mempertikaikan status bangsanya. Ini kerana dipercayai ibunya bukanlah dari bangsa Melayu, sebaliknya adalah bangsa Cina.

    Apapun kita telah ada bukti bagaimana DAP sekadar mahu menjadikan bangsa Melayu sebagai ‘macai suruhan’ manakala penguasa tetap dari kalangan mereka. –Tv14

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up