• Carian
  • Media Sosial
  • BN Persoal Tindakan Kerajaan P. Pinang Lulus Premis Pusat Hiburan

    Posted by fatty | 14 November 2017 | 2

     

    Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mempersoalkan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) Pulau Pinang yang meluluskan operasi premis pusat hiburan atas alasan tiada masalah kacau ganggu dan bantahan penduduk.

    Memetik laporan Utusan Onlie, Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid sebagai berkata, tindakan itu dilihat tidak logik kerana masalah yang timbul menerusi pusat hiburan tersebut hanya boleh dikesan selepas operasinya.

    “Kerajaan negeri perlu kaji semula kaedah memberi kelulusan kepada premis berkenaan dengan merujuk pemimpin tempatan supaya tidak menganggu rutin harian masyarakat,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang hari ini.?

    Sebelum ini, Jahara (BN-Teluk Air Tawar) mendedahkan kerajaan negeri memberi kelulusan kepada banyak premis pusat hiburan di negeri ini dengan mengetepikan pandangan pihak berwajib termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).?

    Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata, kelulusan premis berkenaan dibuat sekiranya pemaju menjalankan pernigaan di zon ditetapkan PBT, tidak mendatangkan kacau ganggu dan tidak dibantah penduduk.?

    Selain PDRM, kata beliau, pihaknya mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk pejabat daerah sebelum mengeluarkan lesen perniagaan kepada premis berkenaan.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up