• Carian
  • Media Sosial
  • 826 Usul Dari Akar Umbi Di Bawa Ke Perhimpunan Agung UMNO 2017

    Posted by editor | 14 November 2017 | 12

     

    Jawatankuasa Penyediaan Usul Majlis Tertinggi UMNO menerima 826 usul dari 191 bahagian untuk dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO 2017.

    Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebanyak 635 usul telah diterima untuk rujukan, sementara 191 yang lain diterima tanpa bahas.

    “Sebanyak 635 usul diterima melibatkan politik dengan 238 usul, ekonomi (79 usul), agama (40 usul), sosial (97 usul) dan pendidikan (114 usul),” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Datuk Onn semalam.

    Perhimpunan Agung UMNO 2017 dijadual berlangsung pada 5 hingga 9 Disember depan.

    Perhimpunan tahunan itu akan bermula dengan taklimat Presiden UMNO dan persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up