• Carian
  • Media Sosial
  • ‘Mahathir…. Lain Kali Jangan Kutuk Bini Orang’

    Posted by editor | 13 November 2017 | 11:31 am | 3033

     

    Hari cuti Ahad 12 November 2017 telah digemparkan dengan gambar-gambar cucu Tun Dr Mahathir Mohamad bersikap ‘di luar tabie’. Cucunya yang bernama Othman bin Mirzan itu telah memuatnaik satu gambar sedang seronok tidur bersama-sama dua ekor anjing.

    Netizen mengambil peluang itu untuk menularkan kisah berkenaan dengan menyalahkan Dr Mahathir yang dikatakan tidak pandai mendidik anak serta cucunya sendiri.

    Mereka seakan-akan melepaskan geram keatas Pengerusi Pakatan Harapan itu kerana selama ini dia seringkali ‘mengajar’ orang ramai untuk mendengar kata-kata serta nasihatnya untuk hidup yang lebih baik.

    Sedangkan anak, cucu, cicit sendiri tidak pula didakwahnya mengikut syariat agama Islam sebenar.

    Apa yang menjadi kekesalan netizen lagi adalah sikap Dr Mahathir yang gemar mengutuk dan mencerca orang lain yang menjadi musuh politiknya.

    Contohnya pada Mei lalu, Pengerusi PPBM itu dengan tidak berasa bersalah dan berdosa sanggup menghina bentuk fizikal isteri pemimpin negara (dipercayai Datin Seri Rosmah Mansor) walaupun tidak menyebut namanya.

    Dr Mahathir telah membuat penghinaan kononnya Rosmah ‘gemuk gedembol‘ di hadapan para penyokongnya sendiri ketika berceramah di sebuah kawasan di negeri Kedah pada waktu itu.

    Mungkin inilah balasan yang diterima oleh Dr Mahathir kerana menghina orang tanpa berasa malu dan berdosa walau sedikit pun.

    Tiada siapapun yang mencari atau ‘mengorek’ cerita cucunya bangga tidur bersama anjing (najis berat di sisi agama Islam), sebaliknya cucunya sendiri yang secara tak sedar telah membuat pendedahan umum tanpa dipaksa atau ‘diberi dedak’ oleh mana-mana pihak.

    Justeru itu, Dr Mahathir dan seluruh keluarganya perlu terima perkara ini dengan hati terbuka dan penuh keinsafan. Mungkin ini kafarah yang harus ditanggung oleh keluarga Dr Mahathir disebabkan keceluparan mulut ayah dan datok mereka sendiri yang gemar menghina orang lain secara semberono. –Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up