Dalam satu hadis lain Rasulullah pernah bersab­da: “Sesungguhnya bagi semua umat terdapat fitnah dan fitnah terhadap umatku ialah pada harta.” – Riwayat at-Tirmizi dan Ahmad.

Cuba kita mengamati kedua-dua hadis ini dan sememangnya apa yang disabdakan oleh Rasulullah itu kini benar-benar terjadi dan kita tidak boleh menolak kemungkinan, inilah zaman yang dimaksudkan oleh Rasulullah.