• Carian
  • Media Sosial
  • Trump Jadi Manusia Paling ‘Happy’ Apabila Cina Beli 300 Pesawat Boeing RM155 Bilion

    Posted by editor | 12 November 2017 | 182

     

    Ketika Malaysia Airlines Berhad (MAB) membeli 25 pesawat Boeing manakala jirannya, Singapore Airlines (SIA) pula 39 buah, China lebih hebat menempah 300 unit kapal terbang itu!

    Berita kejayaan pembelian ratusan pesawat keluaran Amerika Syarikat (AS) oleh China itu menggemparkan dunia sekali gus membuktikan industri penerbangan di Asia Pasifik kini semakin tumbuh pantas dan bersaing sengit.

    Media antarabangsa melaporkan China mencipta ‘sejarah’ apabila bersetuju menandatangani perjanjian pembelian muktamad 300 pesawat dari gergasi aeroangkasa AS itu yang bernilai lebih AS$37 bilion (kira-kira RM155 bilion).

    Ia sebagai sebahagian daripada tawaran yang diumumkan semasa lawatan rasmi julung kali Presiden AS, Donald Trump ke ibu kota China untuk bertemu pemimpin utama negara kuasa ekonomi dunia itu, Xi Jinping kelmarin.

    Perjanjian China Aviation Suppliers Holding Co. (CASC) untuk beli pesawat tersebut adalah antara AS$250 bilion (RM1.05 trilion) nilai kontrak perdagangan mega yang diumumkan pada majlis dihadiri oleh Trump dan Jinping.

    Kenyataan media Boeing di ibu pejabatnya di AS berkata perjanjian bersejarah itu termasuk terma ‘perintah dan komitmen’ untuk beli pesawat tersebut yang dipesan pihak CASC pada September 2015 dalam harga senarai.

    Boeing dan lawannya konsortium Eropah, Airbus kini bersaing hebat di China, pasaran pesawat kedua terbesar di dunia selain beberapa negara Asia antaranya Malaysia, Singapura, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

    Pelbagai firma penyelidikan ekonomi di AS meramalkan bahawa gergasi operator penerbangan Asia termasuk MAB, SIA, AirAsia dan Emirates; memerlukan lebih 7,200 buah pesawat komersial dalam tempoh 20 tahun akan datang.

    Boeing yang ditubuhkan pada 1916, ketika ini mengeluarkan hampir 800 buah pesawat pelbagai model termasuk ketenteraan setiap tahun, manakala Airbus yang diwujudkan sejak 1970 turut menghasilkan jumlah hampir sama.

    Sementara itu, kerajaan China sebenarnya telah membangunkan model buatan tempatan, C919 iaitu pesawat jarak sederhana dalam usaha untuk ‘mencabar’ duopoli pasaran antara Boeing dan Airbus. – Agensi

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up