• Carian
  • Media Sosial
  • Cucu Mahathir, Othman Mirzan Bangga Tidur Dengan Anjing Kesayangan

    Posted by editor | 12 November 2017 | 2072

     

    Nama cucu kesayangan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad ini adalah Othman Bin Mirzan. Beliau dengan penuh angkuh dan bongkak memuat naik gambar beliau tidur bersama anjing-anjing kesayangan dengan kapsyen “All my bitches love me” dalam laman Instagram yang dikongsikan secara umum.

     

    Inikah gaya hidup orang Melayu yang beragama Islam? Kita diharamkan menyentuh anjing yang merupakan Najis Mughallazah kecuali dalam beberapa kondisi tertentu. Memelihara anjing dan tidur bersama najis berat tersebut bukanlah tindakan yang dibenarkan dalam Islam.

     

    Oleh itu jangan memanipulasikan agama Islam untuk menghalalkan gaya hidup bersama anjing-anjing anda. Jangan memudahkan atau membuat tafsiran sendiri dalam beragama.

     

    Bapanya yang bernama Mirzan pernah dikaitkan dengan pembelian kilang arak San Miguel Corp di Filipina. Ibu saudaranya yang bernama Marina Mahathir pula sering dikaitkan dengan kebebasan seksual Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

     

    Datoknya pula Mahathir dikatakan cuba berlagak bagaikan malaikat apabila mendakwa orang yang menunaikan haji sah melalui 1MDB adalah haram. Malah, bermacam-macam lagi ‘fatwa’ dikeluarkan oleh datoknya untuk menunjukkan bahawa dia sahaja yang suci dan betul.

     

    Othman Mirzan yang sering memaparkan gaya hidup mewah dalam laman sosial beliau kini memalukan rakyat Malaysia dengan status terbaru beliau tersebut. Anda seolah-olah bukan seorang Melayu yang beragama Islam.

     

    Sumber : Media Sosial

     

    sumber : PRU14.TV

     

    sumber : PRU14.TV

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up