• Carian
  • Media Sosial
  • Anak Mukhriz, Cucu Mahathir : ‘Mewahnya Bagai Seorang Puteri Raja Terkaya Dunia’

    Posted by editor | 12 November 2017 | 3:43 pm | 2233

     

    DARIPADA : UTUSAN MALAYSIA

    KEHIDUPAN mewah dan bergaya bak personaliti terkenal, bintang filem Barat mahupun puteri raja boleh dikatakan menjadi impian semua orang.

    Namun bukan semua orang bertuah. Ini kerana kehidupan sebegini hanya mampu dijalani keluarga ternama dan kaya raya sahaja.

    Sumber: instagram/ally.mukhriz

    Bagi wanita bertuah yang diberi nama Meera Alyanna atau lebih dikenali dengan Ally, kesempurnaan hidupnya menjadi tumpuan ramai. Beliau yang boleh diumpamakan lahir dalam dulang emas terkenal di media sosial dengan kehidupan umpama selebriti dan sering menggayakan pakaian dan barangan berjenama.

    Malah Ally juga sering menjalani percutian mewah di seluruh dunia, serta bertuah kerana menjadi pemilik bot yang dinamakan sempena namanya.

    Sumber: instagram/ally.mukhriz

    Bot mewah itu dikatakan dihadiahkan bapanya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Melihat kehidupannya ini kita boleh membayangkan betapa kehidupan Ally ini begitu menjadi impian kebanyakan wanita di negara ini.

    Dan sudah tentu ramai pula yang akan memperkatakan tentang kehidupan Ally.

    Namun hakikatnya ini membuktikan cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ini hanyalah manusia biasa yang tidak mampu menolak kehidupan mewah umpama selebriti dan sang puteri. Apatah lagi semua itu mampu disediakan oleh bapanya serta ahli keluarganya yang lain. – Utusan Malaysia

     

    Sumber : UTUSAN MALAYSIA

     

    Sumber : UTUSAN MALAYSIA

     

    Sumber : UTUSAN MALAYSIA

     

    Sumber : UTUSAN MALAYSIA

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up