• Carian
  • Media Sosial
  • [VIDEO] Muhyiddin Datang Ke Rumah Mangsa Banjir Beri RM200 Untuk Pancing Undi?

    Posted by editor | 11 November 2017 | 63

     

    Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dikesan memberi dedak kepada seorang penduduk Pulau Pinang ketika beliau melawat mangsa banjir di negeri itu hari ini. Bagaimanapun, muka Muhyiddin nampak sedikit kelat apabila nampak terpaksa menghulurkan wang kepada wanita itu.

    Video itu begitu pantas tular di media sosial lantas menjadi buah mulut para netizen. Wang itu sudah hanya mahu membeli undi wanita itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. Muhyiddin hadir beberapa hari selepas Pengerusi PPBM Mahathir Mohamad melawat mangsa banjir sebelum itu.

    Beliau hari ini bersama kumpulan pemimpin parti bunga datang ke kawasan Tasek Gelugor untuk melawat beberapa buah rumah dan mangsa banjir. Sekarang, Muhyiddin begitu benci dengan beberapa langkah kerajaan yang memberikan wang kepada rakyat yang didakwa rasuah atau dedak.

    Dalam video berkenaan, Muhyiddin terpaksa mengeluarkan wang dari poketnya sendiri untuk diberikan kepada wanita itu.

    Pemimpin pembangkang dari Pakatan Harapan (PH) yang melawat Pulau Pinang selepas bencana banjir yang kebanyakannya sudah surut hanya singgah di beberapa lokasi dan hanya memberikan bantuan kepada sekumpulan kecil mangsa dan bukannya keseluruhan mangsa.

    Seperti Mahathir sebelum ini, hanya singgah di beberapa pusat pemindahan memandangkan kebanyakan mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

    Kalau dulu masa dengan Barisan Nasional (BN), Muhyiddin aktif bergerak pantas turun padang dan sanggup meredah banjir mengagihkan bantuan ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri. Bagaimanapun, sejak dengan pembangkang, Muhyiddin lambat turun padang.

    Mahathir dan Muhyiddin sebenarnya malu kesipuan tidak mahu bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sudah banyak mengutuk dan mengeji peribadi Najib dalam segala hal.

    Menggelar Najib penyamun, pencuri, penyangak dan perompak adalah perkara biasa bagi dua sekawan ini. Kalau bertembung depan-depan dan Najib melayan mereka baik, Muhyiddin dan Mahathir tidak tahu bagaimana mahu menerima kebaikan Najib.

    Sebab jika bertembung, sudah pasti mereka tahu peribadi sebenar Najib yang baik dan tidak berdendam.

    Najib dalam satu ucapan dalam Perhimpunan Agung Umno terdahulu pernah secara berjiwa besar mengajak mereka yang mahu berpaling tadah untuk kembali meminta maaf dan bersama semula dengan perjuangan Umno tetapi Muhyiddin tetap berdegil.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up