• Carian
  • Media Sosial
  • “Saya Beli Apa Yang Patut, Tak Mahu Bazir” – Wany

    Posted by editor | 11 November 2017 | 29

     

    WALAUPUN namanya kini semakin dikenali, namun itu tidak membuatkan penyanyi berbakat besar, Wany Hasrita perlu hidup bermewah-mewah.

    Nurshazwany Hasrita Hasbullah atau lebih dikenali sebagai Wany, masih lagi hidup bersederhana seperti sebelum dia bergelar seorang penyanyi.

    Gadis berusia 25 tahun itu tidak akan berbelanja sakan dengan membeli barang-barang yang bukan keperluan penting untuknya.

    “Kalau orang nak cakap saya merendah diri, rasanya saya masih seperti Wany Hasrita yang dulu. Sama sahaja tidak berubah.

    “Cuma perbelanjaan untuk ‘maintenance’ yang semakin bertambah tetapi cara saya bukan suka menunjuk-nunjuk pada orang ramai apa yang saya beli atau pakai setiap hari,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

    Walau pun sudah bergelar artis, Wany tahu yang dia perlu menjaga penampilan dirinya dan menambah lagi koleksi pakaian supaya dia nampak lebih bergaya setiap kali menerima jemputan nyanyian.

    Namun, jelas graduan Ijazah Sains Perubatan itu, dia sememangnya bukan penggemar pakaian berjenama. Baginya, barangan yang ringkas dan praktikal lebih sesuai bagi dirinya yang masih lagi baru dalam industri seni.

    Wany kini baru sahaja muncul dengan single terbaharunya yang bertajuk Rintihan Rindu selepas single pertama yang berjudul Menahan Rindu menjadi fenomena sejak hujung tahun 2016 yang lalu.

    Sejak kejayaan lagu Menahan Rindu yang kini dapat jumlah tontonan sebanyak 27 juta kali sejak mula dimuat naik pada bulan Disember lalu, Wany mengakui bahawa dia tidak letak harapan yang terlalu tinggi untuk menjadikan single keduanya itu meledak seperti single yang pertama.

    “Perlahan-lahan pendengar mula memberikan maklum balas terhadap lagu kedua saya dan ia sebenarnya sangat memberangsangkan.

    “Sama sebenarnya seperti lagu Menahan Rindu, bukannya sekali keluar terus popular,” tambahnya dengan penuh rasa rendah diri.

    Walaupun masih baru lagi bergelar anak seni, namun gadis cantik itu tahu bagaimana ingin menyesuaikan diri dengan dunia seni yang banyak dugannya. – MYNEWSHUB.CC / AH

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up