• Carian
  • Media Sosial
  • [VIDEO] Rakaman Saat-Saat Terakhir Putera Arab Saudi Naiki Heli Sebelum Terhempas

    Posted by editor | 10 November 2017 | 155

     

    Putera Arab Saudi, Mansour Bin Muqrin, meninggal dunia selepas helikopter yang dinaikinya terhempas minggu lalu.

    Ketika itu, Putera Mansour Muqrin Al Saud yang juga Timbalan Gabenor Wilayah Asir, sedang dalam lawatan melawat projek-projek tempatan di barat bandar Abha.

    Siasatan kini sedang dijalankan bagi mengetahui punca kejadian sebenar.

    Saluran berita milik kerajaan Arab Saudi, Al Arabiya melaporkan, Putera Mansour meninggal dunia di tempat kejadian dan tujuh pegawai lain juga turut terbunuh.

    Putera Mansour yang juga anak lelaki bekas Putera Mah­kota Muqrin Abdulaziz telah dilantik sebagai timbalan gabenor wilayah yang bersempadan dengan Yamen pada awal tahun ini.

    Video yang disiarkan di laman Twitter beberapa jam sebelum kemalangan itu me­nunjukkan beliau melakukan pemeriksaan terhadap projek pertahanan dan alam sekitar di kawasan berkenaan.

    Tragedi itu berlaku sehari selepas kerajaan Arab Saudi me­lancarkan siasatan besar-besaran terhadap salah laku di dalam kalangan golongan atasan me­libatkan penahanan lebih 11 putera raja, menteri, dan bekas menteri.

    Kemalangan itu juga berlaku selepas Arab Saudi berjaya memintas peluru berpandu balistik berhampiran lapangan terbang antarabangsa Riyadh yang dilancarkan pemberontak Houthi dari Yamen.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up