• Carian
  • Media Sosial
  • ‘Najib Bukan Nabi, Bukan Juga Ulama; Tetapi Beliau Cintakan Perdamaian’

    Posted by editor | 8 November 2017 | 143

     

    Ketika baginda Nabi Muhammad masih hidup, orang kafir Quraish menghadapi kesusahan kerana terputus bekalan gandum dari Yamamah. 

    Lalu orang Quraish meminta bantuan dari baginda Nabi Muhammad untuk membantu mereka.

    Berkat hubungan rapat antara baginda Nabi Muhammad dengan orang Yamamah. Maka orang kafir Quraish mendapat semula bekalan gandum untuk meneruskan hidup.*

    Baginda nabi tidak menetapkan syarat bahawa bekalan gandum hanya akan diperoleh penduduk Mekah setelah mereka masuk Islam.

    Baginda nabi sesekali tidak bertindak zalim keatas masyarakat kafir Quraish walaupun sebelumnya mereka begitu kuat menghina, mencaci, menyakiti baginda nabi Muhammad dan pelbagai kejahatan lain.

    Begitu lah sikap baik yang di tunjukkan oleh baginda nabi terhadap musuh baginda.

    Peristiwa Alaf Baru

    Kerajaan Pulau Pinang (PP) menghadapi begitu banyak masalah apabila diduga oleh Tuhan dengan di datangkan hujan lebat, angin kuat sehingga feri PP terangkat ke darat, banjir yang menyebabkan 7 penduduk awam terkorban dan banyak lagi isu lain.

    Satu kejadian yang tidak pernah Ketua Menteri PP fikirkan akan berlaku, malah penduduk PP juga amat terkejut dengan situasi yang amat pelik kali ini.

    Ironinya, kita semua maklum betapa Ketua Menteri PP  (Lim Guan Eng) begitu membenci Najib sebagai PM Malaysia, begitu banyak kata hinaan dan nista KM PP keatas susuk tubuh Ini.

    Apa yang menginsafkan kita, susuk tubuh yang dihina berkali kali oleh KM PP ini lansung tidak membalas dendam keatas diri dan rakyat PP yang menolak pemerintahannya.

    Malah Najib dan isteri telah datang untuk melihat dan berjumpa dengan mangsa banjir.

    Jika baginda nabi tidak menetapkan syarat orang kafir Quraish hanya akan menerima bekalan gandum dari Yamamah setelah asik Islam. Begitu jua Najib, beliau tidak meletakkan syarat bantuan rm1B diberi hanya setelah rakyat PP menyokong BN dalam PRU nanti.

    Ini lah susuk tubuh yang dihina hebat oleh KM PP. Najib bukan lah nabi, bukan juga ulama. Akan tetapi beliau cintakan perdamaian, tidak suka permusuhan dan beliau sedaya upaya mengamalkan apa yang diamalkan oleh baginda nabi mengikut keupayaanya.

    Jika Najib tidak langsung mempunyai perasaan dendam keatas KM PP dan rakyatnya dengan memberi bantuan, kenapa masih ada segelintir yang masih mahu membenci dan menjatuhkannya sebagai pemimpin?

     

    Rujukan

    * Mafhum hadis riwayat Imam Baihaqi dan Ahmad.

     

     

    Oleh : Penulis Tamu Tv14

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up