• Carian
  • Media Sosial
  • (Gambar) Foto Separuh Bogel Dengan Bayi, Faez Nick Dikecam Geng ‘Kunyit’

    Posted by jane | 31 October 2017 | 96

     

    Faez Nick, jejaka kacak dan sado pernah dikaitkan dengan jutawan kosmetik yang penuh kontroversi iaitu Nur Sajat. Ada desas-desus yang mengatakan bahawa Faez merupakan bekas teman lelaki Sajat.

     

     

    Faez bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan mengakui beliau hanyalah sekadar seorang pekerja di syarikat milik Sajat.

     

    Terbaru, gambar separuh bogel Faez bersama seorang jejaka yang juga separuh bogel dan seorang bayi telah menjadi tular di laman sosial.

     

    Sungguhpun gambar tersebut dipercayai diambil hanya untuk menjayakan sesi fotografi, namun rata-rata netizen tidak dapat menerima konsep yang diguna pakai seolah-olah menunjukkan kedua-dua mereka mempunyai hubungan sejenis atau digelar ‘kunyit’.

     

     

    Menurut laporan Hangat.com yang menemubual pereka fesyen pakaian yang dipakai oleh kedua-dua model tersebut iaitu Eddy Mohaiz, dia sememangnya sudah menjangkakan reaksi daripada netizen.

     

    Dia juga tidak kisah dikecam netizen kerana niatnya hanya untuk menengahkan konsep “I Love My Daddy”.

     

    Tambahnya lagi, kedua-dua model (Faez dan Hazwan) juga sudah bersedia untuk menerima kritikan dan komen daripada netizen.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up