• Carian
  • Media Sosial
  • Ainul Aishah Ditegur Kerana Tiada ‘Lurah’ Pada Buah Dada

    Posted by editor | 31 October 2017 | 200

     

    Apakah perasaan anda apabila ada insan memberikan komen mengenai bentuk fizikal anda? Pastinya rata-rata di antara kita yang pernah mengalaminya dan berkongsikan perkara sama ialah pelakon Ainul Aishah.

    Perkara tersebut dikongsikan Ainul di Instagram Story namun sudah namanya selebriti bukan, pastinya ia menjadi perhatian warga laman sosial yang lain termasuklah kami. Menurut luahan Ainul, terdapat individu yang merujuk kepada payudara yang tidak mempunyai belahan (cleavage).

    “Buah dada awak nampak sangat kecil. Mungkin push-up bra boleh membantu? Atau tutup sajalah. Jangan nak tunjuk sangat belahan itu, sebab memang jelas awak tak ada belahan buah dada. Dari orang mengata, baik tutup saja. Terima kasih. Hanya sedikit nasihat,” antara kata-kata tersebut.

    ‘Teguran’ itu sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati pada Ainul kerana hak diri masing-masing untuk menggayakan apa saja pakaian.

     

     

    Jika throwback ke belakang sikit, Ainul sebelum ini pernah juga menjadi sebutan warga laman sosial kerana gambarnya berbikini namun mengakui serik mengenakan gaya sedemikian.

    Semoga Ainul tabah menghadapi kecaman warga laman sosial di masa hadapan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bangga mempunyai belahan buah dada. (rtky/s)

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up