• Carian
  • Media Sosial
  • VIDEO : Bila Mahathir Bacakan Tafsir Al Quran Kepada Mahathir

    Posted by editor | 12 October 2017 | 2:53 pm | 223

     

    MUNGKIN ini masanya kita menafsirkan bahawa akal yang dikurniakan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mula rosak dan berpenyakit.

    Di usia menjangkau 92 tahun, Pengerusi Pakatan Harapan itu sudah mula merapu dalam setiap ucapan politiknya lewat ini.

    Dia yang terkenal sebagai seorang yang suka ‘menghalalkan cara untuk mengejar matlamat’ semakin hari menampakkan sikap nyanyuk dan tidak waras.

    Menjelang Himpunan Anti Kleptokrasi anjuran Pakatan Harapan pada 14 Oktober 2017 ini, Dr Mahathir sekali lagi beriya-iya mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk turun beramai-ramai menyertai demonstrasi tersebut di Padang Timur MBPJ, Petaling Jaya.

    Sedangkan baru beberapa tahun terdahulu, orang yang sama, wajah yang sama dan suara yang sama iaitu Dr Mahathir telah meminta agar anak muda mengikut ajaran Al Quran mengenai isu demonstrasi.

    Kata Dr Mahathir seperti dilaporkan portal pro pembangkang Malaysiakini, di dalam Al Quran tiada satu ayat pun yang meminta atau menghalalkan demonstrasi jalanan untuk tujuan menjatuhkan kerajaan.

    Kenyataan itu dimuatnaik dalam laman Youtube KiniTv dimana portal tersebut dipercayai dibiayai oleh Yahudi dan dipelopori pembangkang di Malaysia.

    Dengan kata lain, kenyataan Dr Mahathir itu adalah benar dan tidak dimanipulasi pihak-pihak tertentu untuk sengaja memburukkan pembangkang.

    Bayangkan ayat Al Quran pun sanggup Dr Mahathir manipulasi supaya ia memberi untung kepada dirinya dan perjuangannya, apatah lagi rakyat marhaen yang memuja bekas Perdana Menteri itu atau netizen yang memuja media sosial.

    Sekiranya mereka ini (Pakatan Harapan) berkuasa nanti di Malaysia, sudah tentu 100 peratus ruang akan mereka gunakan untuk kepentingan politik dan kekayaan mereka sendiri.

    Kenapa pula tidak? Jika ayat Al Quran sendiri pun dia boleh berdolak dalih. Ketika menyebelahi dirinya maka dia akan pakai, jika tidak menyebelahi dirinya maka ayat Al Quran itu akan dia simpan begitu sahaja.

    Inilah Dr Mahathir dan inilah Pakatan Harapan khususnya yang beragama Islam. Lama mana lagi kita mahu terus diperkudakan oleh mereka semua? Hentilah dari terus memberi sokongan ke atas mereka.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up