• Carian
  • Media Sosial
  • Tangan Hampir Hilang, Tersepit Di Celah Eskalator

    Posted by jane | 12 October 2017 | 14

     

    CHINA – Seorang kanak-kanak lelaki cedera di bahagian tangan kanannya selepas ‘dibaham’ eskalator ketika menuruni tangga bergerak itu dengan ibunya, lapor Mirror.

     

    Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, kanak-kanak berbaju kuning itu menuruni eskalator bersama seorang wanita yang dipercayai ibunya.

     

    Mangsa dilihat duduk di eskalator tersebut dan bermain dengan berus keselamatan di tepi papan pemijak sebelum tangannya ditarik dan tersangkut di dalam eskalator.

     

    Mangsa cuba menarik tangannya keluar namun gagal. Mangsa bertambah panik apabila ibunya tidak berjaya mengeluarkan tangannya dari eskalator itu.

     

    Mangsa bernasib baik apabila seorang kakitangan pusat beli belah itu ternampak kejadian itu terus bertindak naik ke atas semula dan menekan butang kecemasan agar eskalator itu terus berhenti, sebelum menghulurkan bantuan pada mangsa.

     

     

    Mangsa kemudian diselamatkan oleh pihak bomba yang dikerahkan ke tempat kejadian dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

     

    Mangsa dilaporkan hanya mengalami kesan lecur dan lebam, dijangka akan sembuh dalam tempoh beberapa minggu.

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up